Story cover for • kuci𝓃g lorong • by ehsanqeri
• kuci𝓃g lorong •
  • WpView
    Reads 81,351
  • WpVote
    Votes 2,756
  • WpPart
    Parts 77
  • WpView
    Reads 81,351
  • WpVote
    Votes 2,756
  • WpPart
    Parts 77
Complete, First published Nov 08, 2016
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih payahnya.  
  
  • Sebuah fiksyen remaja perihal hubungan persaudaraan, persahabatan, pengorbanan & ketentuan takdir dalam mengharungi survival kendiri. Dikisar & dibumbui dengan aksi, petualangan remaja yang penuh tabu, jenayah tak terduga.. juga drama masyarakat seharian. Berlatarkan Tanjung di pertengahan 1980 an. Tiada watak utama yang melebihi usia tujuh belas tahun dalam novel ini. 
  
  •• "Kadang-kadang tu aku terfikir gak yang diri aku ni cam kucing-kucing kat lorong gelap ni. Mencari makan, umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je. Cuma kucing tu lebih bernasib baik tak perlu menghadapi penghinaan masyarakat sekelilingnya. Apa yang dia perlu hanya makanan dan tempat untuk tido je. Ringkas kan hidup dia kalau nak dibandingkan ngan aku?"  
  
  •• "Adik boleh tengok sendiri ape yang abang dan staff kat sini buat. Ini semua hasil keje kami le.. semuanya nampak cantik dan pro je, kan? Tapi kalau adik perhatikan betul-betul, tak ade pun model yang berwajah Melayu atau bebudak tempatan. Itu le sebabnya abang offer adik untuk jadi model pertama dan terbaru studio kami ni. Semua klien menaruh kepercayaan kat studio ni sebab kami hanya sediakan model yang terbaik je, macam Ejon ni."
  
• 3D cover by me 
• models : nicholas witham mueller  & irfan
• with glossaries
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add • kuci𝓃g lorong • to your library and receive updates
or
#30comingofage
Content Guidelines
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
AKU MILIK KAU : TENGKU AFZAL NIKOLAI (COMPLETE) by Snowgirls23
27 parts Complete
NUR KHAYRA AUNIA seorang wanita yang perwatakan tegas, baik hati,pintar dan dingin. Khayra bekerja sebagai seorang tentera berpangkat Chanselor Junior. Dia rajin menjalankan tugas malah dengan sangat teliti. Dia selalu dirujuk oleh senior di atasnya untuk persetujuan atau pertolongan. Pada suatu hari dia bertemu dengan TENGKU AFZAL NIKOLAI seorang yang hampir sama perwatakannya seperti Khayra. Dia dan Khayra mempunyai hubungan persahabatan yang cukup rapat. Semasa mereka masih bersekolah, dia juga yang menjadi saksi yang Khayra pernah dibuli oleh rakan sebayanya. Namun suatu perkara yang tidak diingini oleh Afzal terjadi. NICHOLAS ANDERSON tiba di Malaysia dan ingin mengambil segalanya yang Afzal ada. Keluarga Anderson dan Keluarga Nikolai merupakan musuh ketat sejak 10 dekad yang lalu. "Kenapa kau ada kat sini?"-TENGKU AFZAL "Привет, Афзал. Рад снова тебя увидеть. (Hai, Afzal. Gembira dapat bertemu engkau lagi.)"- NICHOLAS ANDERSON "Помни, Афзал, наша семейная ситуация еще не завершена. Я забираю все у тебя.(Ingat Afzal, urusan keluarga aku dan kau belum selesai. Aku akan ambil segalanya daripada kau.)"- NICHOLAS ANDERSON Afzal terasa terancam apabila Nicholas sudah tiba di Malaysia. Selepas itu dia membuat keputusan drastik, dia ingin berkahwin dengan Khayra untuk memastikan wanita itu selamat. "Saya akan jaga awak sebaik yang saya mampu. Andai kata saya tak mampu suatu hari nanti, saya akan pulangkan awak kepada keluarga awak semula."- TENGKU AFZAL "Saya akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak, Afzal. Kita akan jalani kehidupan bersama tidak lama lagi. Saya janji akan buat awak bahagia dan keluar daripada masalah awak sekarang ini."- NUR KHAYRA Mampukah Khayra dan Afzal menjaga satu sama lain ataupun disebaliknya? Adakah kebahagiaan rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat mereka? Atau ada rahsia yang disembunyikan disebalik semua masalah
Bunga Dan Kumbang by qiehotz-
26 parts Complete
Status | Completed | Unedited Dia merungut sambil mengeluarkan kata-kata kasar kepada si jejaka idaman para gadis itu. Jejaka yang digilai ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Ketua pengawas sekolah yang amat tegas dan amat mementingkan masa. Padanya masa adalah emas. Tapi tidak pada si gadis idaman para jejaka. Dia cantik, sopan, tetapi tidak dapat dipisahkan daripada perkataan kesat seperti carutan, tetapi mencarut apabila terlalu geram dan marah gila, dia juga seorang yang lemah lembut orangnya tetapi perangainya yang suka bangun lambat itu amat tidak disukai kedua orang tuanya termasuk abangnya. Mama dan papanya pula adalah orang yang paling sibuk di dunia. Papanya yang selalu sibuk dengan Syarikat manakala mamanya yang sibuk dengan butik. Abangnya pula sibuk dengan membantu papanya menguruskan hal-hal Syarikat. "Eee aku rasa macam nak sepak terajang je bontot mamat tu. Aku baru lewat dua minit pun dah kena denda. Apa semua ni?" - Syaziqah "Denda kau cuci semua female toilet dekat block D tingkat satu dan dua. Tiada bantahan dan tiada penyesalan. Aku taknak dengar alasan kau. Now!" - Farhan Sedingin-dingin dan setegas-tegas si jejaka masih juga ada rasa simpati dan kesian pada si gadis itu. Tetapi apakan daya? Seronok pula rasanya. Lagipula itu memang denda yang setimpal bagi pelajar yang suka datang lambat. Mereka berdua mempunyai kisah silam. Sudah mengenali sejak daripada kecil tetapi si gadis tidak mempunyai memori tentang kehidupan masa kecilnya. Apakah yang akan terjadi kepada hubungan mereka? Readers information: Buku ni belum di edit so read with your own risk. Mula: 271119 Tamat: 280220
Kenangan Terindah by _pwrpffgrl
49 parts Complete
💕💕💕💕 Hanya kerana secebis kemaafan dia sanggup melakukan apa sahaja sehingga nyawa dipertaruhkan. Hidupnya dipenuhi dengan kebencian orang disekelilingnya. Kebencian seorang ayah kebencian seorang abang dan kakak kepadanya. Namun kebencian itu menjadi pendorong buat hidup remaja yang baru menginjak 18 tahun itu. Dia tidak pernah berputus asa. Dia sanggup melutut merayu dihina dan dicaci hanya kerana ingin mendapatkan secebis kemaafan yang dia sendiri tidak tahu akan kesalahannya. Dia tidak mahu apa2 dari keluarga nya. Dia tidak mahu harta mahu pun nama. Yang diingini nya hanya sebuah kenangan yang dapat diingati nya hingga akhir nafasnya. "Ayah maafkan Am ayah.." Tengku Fakhrul Amirullah "Ayah? Aku jijik dengar kau panggil aku ayah. Kau tak layak pun." Tengku Fendy "Kau pembunuh sekarang kau dah jadi perampas? Aku menyesal jadi abang kau selama ni." Tengku Fathrul Asad "Kau pembunuh! Kau tak layak hidup! Kau patut mati! Aku benci kau!" Tengku Fatin Asna "Kau patut ikut setiap telunjuk aku kalau kau nak stay lama kat rumah anak aku ni." Neknda Khadijah/Maktok "Kau kawan aku Am. Tak sangka kau jerat aku sampai macam ni sedangkan kau tahu aku sayang abang kau.." Putri Nur Maisara Semuanya angkara salah faham dia menjadi mangsa keadaan. Mampukah dia mencipta kenangan terindah sebelum semuanya terlambat? Mampukah dia mendapat kemaafan daripada semunya? Segala nama dan watak hanya rekaan semata ye.. Kalau jalan cerita asyik sama harap dimaafkan ?.
You may also like
Slide 1 of 10
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Budak Gengstar Vs Budak Pengawas cover
OUR CHOICE✔️ cover
• k𝒾kilala • cover
AKU MILIK KAU : TENGKU AFZAL NIKOLAI (COMPLETE) cover
Love You Mr. Detective [C]  cover
Catz's Diary ii : The Next Stage ✓ cover
Bunga Dan Kumbang cover
Fake Love ©️ cover
Kenangan Terindah cover

Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka