Aku Benci Kau
  • Membaca 110,250
  • Suara 1,731
  • Bagian 25
  • Membaca 110,250
  • Suara 1,731
  • Bagian 25
Lengkap, Awal publikasi Nov 11, 2016
Aku benci kau. Itu yang pasti. Darius membenci perempuan kerana mamanya. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya namun tersepit kerana fitnah dan terpaksa akur dengan perancangan keluarga untuk meminang Adlene Kayra yang kebetulan berhutang nyawa dengan keluarganya. Namun Adlene Kayra menolak pinangan itu kerana mengetahui siapa diri Darius yang sebenar. 
Akibat terdesak untuk membersihkan namanya, Darius telah menganiaya dan memerangkap Adlene Kayra demi memastikan gadis itu tunduk dan patuh kepada kehendaknya. Apa lagi yang boleh Adlene Kayra lakukan setelah maruah dan harga diri dirampas dengan begitu kejam oleh Darius selain daripada berkahwin dengan lelaki itu? Selepas perkahwinan ini, bolehkah Adlene Kayra bahagia bersama lelaki yang membenci dirinya?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Daftar untuk menambahkan Aku Benci Kau ke perpustakaan Anda dan menerima pembaruan
atau
#44novelcinta
Panduan Muatan
anda mungkin juga menyukai
Lamaran Buat Jelita (Free Chapter) oleh karyaseni2u
18 Bagian Lengkap
JELITA SURIA, anak gadis Encik Johan. Seorang yang patuh dan taat dengan perintah abahnya. Sentiasa mengingati hukum agama dalam semua perkara dalam hidupnya. Jelita yakin, kepatuhannya itu akan menjanjikan bahagia. Sehinggalah, sebuah lamaran mengubah perjalanan hidupnya. "Abah nak Jelita tinggal di Kairo." Asbab sebuah lamaran, Jelita dihukum oleh abahnya. "Jelita percaya segala keputusan abah adalah yang terbaik untuk Jelita. Tapi, Jelita mohon... lepas ni abah tolong jangan harapkan yang terbaik daripada Jelita." Jelita pergi membawa hati yang kecewa, tanpa mengetahui apa sebenarnya menanti dirinya selepas itu. MIRZA HAIDAR, insan pertama yang menghantar lamaran buat Jelita. Silapnya, dilamar Jelita saat usia gadis itu belum pun mencecah 17 tahun. Lamarannya ditolak mentah-mentah. "Apa susah... nanti dah habis housemanship, masuklah meminang semula. Takkan abah dia nak tolak lagi... dah kerja kut masa tu." RAED, pertama kali melihat foto sepupunya, Jelita, hatinya terpaut. Lalu, menggunakan 'kabel' yang dia ada untuk melihat Jelita dengan lebih dekat. Kabel yang kuat membuatkan dia berjaya. Jelita tiba di Kairo. Tapi, hati Jelita tetap tidak mampu dicuri dengan mudah. "Tapi kalau dah sampai masa nanti, Jelita kena consider lamaran abang dulu, sebelum orang lain." PERKASA ARMANA, bertahun-tahun lalu, hatinya dicuri oleh si gadis yang bernama Jelita. Namun, rasa itu kekal rahsia di dalam hatinya. Walaupun takdir mengatur perjalanan Perkasa di lorong yang berbeza, namun dia tetap menjadikan gadis itu sebagai idola. "Aku pun mahal macam Jelita." Tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama. Ingin lamaran mereka diterima oleh Jelita. Namun, pilihannya hanya di tangan Jelita.
[TERBIT] Kekasih Bayangan oleh EmbunMawar
1 Bagian Lengkap
TERBIT NOVEL FIZIKAL NOVEMBER 2024 Anugerah Karya Terbaik [Best Romance] ☀ MetaCOOL Award 2018 ☀ Yusuf Irham Nur Dahlia "Awak sedar tak Yusuf apa yang awak cakap ni?Saya tak sangka awak buat diri awak macam orang tak bermaruah. Jangan biar orang pijak kepala awak." "Saya tiada pilihan lain. Saya diugut..." Dahlia masih percaya bahawa hubungan yang dibina masih boleh diselamatkan namun tidak pula bagi Yusuf yang sudah berserah pada takdir. Saat keputusan yang disangka terbaik telah menjadi sebaliknya... jatuh terduduk Yusuf mengenangkan nasib sendiri. Tiga tahun Yusuf menyepi. Dahlia menanti. Saat Dahlia melangkah ke hadapan, dengan menerima cinta yang baru, Yusuf kembali. "Kenapa baru sekarang awak nak muncul. Kenapa?!" Dahlia yang masih ragu-ragu akhirnya menerima Yusuf dengan rasa cinta yang masih berbaki. Fitnah yang melanda semakin memporak-perandakan perkahwinan mereka. "Kau memang taknak ambil tahu ke siapa pengirim email tu?" "Apa yang lebih penting, aku nak tahu kebenaran sebenar. Buat masa ni, biarlah aku cuba tenangkan diri dulu..." Dahlia mula berubah. Apa sahaja yang Yusuf lakukan nampak salah pada matanya. Dahlia terus mendesak untuk dilepaskan walaupun hati Yusuf begitu memberat untuk melaksanakan. "Awak sayangkan saya Yusuf?" "Terlalu sayang. Kalau abang tak sayang Dahlia, abang tak akan tebalkan muka untuk jumpa Dahlia semula..." Hujan yang turun mula berhenti menampakkan pelanginya sebelum... cinta yang kembali bersemi teruji sekali lagi. Tentangan dan ujian yang datang dari segenap sisi semakin menekan mereka. "Maafkan abang, jika abang nampak seperti seorang lelaki yang lemah pada mata Lia. Maafkan abang kerana menangis di hadapan Lia..." "Awak tak salah untuk menangis, Yusuf. Lepaskanlah segala yang terbeban dalam dada awak. Saya cuba untuk dengar..." Yusuf. Dia lelaki satu dalam seribu. Mana mungkin akan kau jumpa lelaki setabah dan seikhlas dia. Mampukah dirinya mempertahankan cinta dan kasihnya pada Dahlia?
anda mungkin juga menyukai
Slide 1 of 20
SILENT BETRAYAL  cover
Bukan Aku Tak Cinta cover
[Tentang Cinta #1] Kau, Aku & Dia cover
TUAN RAY XANDER [ED]  cover
1. Hai Abang Sayang (Versi Edit) cover
Cinta Saiz XXL ✅ cover
Tiga Gadis Magic [Complete] cover
Isteri Student Suami Doktor cover
Kahwin Paksa [DISCONTINUED] cover
© | 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆 cover
Bahagiakan Aku cover
MATI cover
TENTANG KITA- REVAMP (BACAAN PERCUMA)  cover
Chubby 2  [COMPLETED] cover
STUPIDO [C] cover
Lamaran Buat Jelita (Free Chapter) cover
[TERBIT] Kekasih Bayangan cover
Pewaris cover
Gα∂ιѕ Вєятυ∂υиg МЄЯΑН [✔️] cover
Teduhan Kasih cover

SILENT BETRAYAL

45 Bagian Lengkap

"Sometimes, the deepest wounds come from the quietest betrayals." Dia - Zayyan Emir, lelaki dingin yang menguasai dunia korporat dengan ketegasan dan prinsip. Tiada ruang untuk cinta, tiada tempat untuk wanita dalam dunianya yang penuh aturan dan reputasi. Namun hidupnya berubah drastik bila satu tuduhan menjatuhkan maruahnya - dituduh mengandungkan seorang wanita asing. Wanita itu muncul dalam hidupnya bukan dengan senyuman, tapi dengan kandungan yang memboyot dan linangan air mata. Fitnah itu datang dari adik kandungnya sendiri. Zayyan tidak mahu mendengar penjelasan. Dia hanya mahu menebus maruah. Maka perkahwinan paksa pun terjadi. Wanita itu, Arianna Liyana, kini sah isterinya - tapi dalam hatinya, dia hanya 'hukuman'. Arianna terperangkap dalam perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Dipandang hina, dilayan tanpa hati, dan dituduh membawa aib. Namun dia tetap bertahan - demi anak yang tidak bersalah. Dan perlahan-lahan, retak pada dinding hati Zayyan mula terbuka. Dia mula melihat cinta dalam diam Arianna. Dia mula menyayangi anak yang bukan darah dagingnya. Tapi saat cinta ingin mekar... Kebenaran akhirnya terbongkar. Dan segalanya mungkin sudah terlalu lambat.