Seorang hantu kucing. Seorang lagi pembuli kucing. Apabila kedua-duanya bertembung, huru-haralah jadinya. Aik, pasal kucing pun nak bergaduh ke?
"Eh, yang encik duk tengok saja kucing tu kesakitan, kenapa? Tolonglah dia."
"Kucing tu dah tak lama dah tu. Biar ajelah dia mati kat situ. Rim kereta aku ni, kau tak nak tanya pulak teruk ke tidak tercalar kena divider."
"Encik dah langgar kucing tu, lepas tu encik tak mahu bertanggungjawab pulak?"
"Dah dia melintas tak tengok kiri kanan, kau nak salahkan aku pulak? Kucing nilah yang salah. Sepatutnya, dekat jalan raya macam ni mana boleh melintas. Kalau nak melintas jugak, pergilah melintas kat zebra crossing sana. Guna aje lampu isyarat yang dah ada tu."
Tapi biasalah... dalam duk gaduh macam tu, lama-lama jatuh suka juga. Masalahnya sekarang, si pembuli tu dah ada buah hati, Bella. Si hantu kucing pula single and available, tapi kena paksa kahwin oleh ayahnya dengan duda bertaraf pak cik ala-ala samseng Kampung Dusun, Haji Ripin.
Aduh! Gawat macam ni. Antara Bella dan Husna, Naim suka kedua-duanya. Dua-dua ada persamaan. Hantu kucing, gila kucing dan sayang kucing. Tapi siapakah yang berjaya curi hati dia yang sangatlah takut kucing? Semuanya sebab pada suatu masa dulu!
Antara Naim dan Haji Ripin, Husna lebih sukakan Naim, tapi dia tak tergamak merampas hak orang. Haji Ripin pula, err... langsung tak masuk dalam tastenya. Bak katanNaim kepadanya, "Kalau kau nak kahwin pun, kahwinlah dengan orang muda macam aku ni. Pilihan ayah kau tu, macam dah tak ada stok lelaki muda kat dalam dunia ni. Teruk betul cita rasa dia."
Pening! Semuanya tersepit dan tak jumpa jalan keluar. Adakah Naim reda jodohnya dengan Bella? Tercapaikah hasrat Haji Ripin hendak memperisterikan Husna?
"Jadi, jawapan muktamad aku, aku hanya akan kahwin dengan perempuan yang aku sayang aje. Kau tahukan siapa perempuan tu?"
AKU MANA BOLEH PEGANG KUCING.
TAK BOLEH!
TAK BOLEH!
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her.
"Prime minister ke bete ho tum?? By growing this beard and height, are you thinking that you are training commander? Listen Mr. Whatever, I don't give a damn about your identity. So just leave my way." Vanika said putting his finger down by her index finger.
He gave her a death glare and left from there while she smirked .
********************************************************
She was standing in line with other IPS candidates but suddenly gets 440 volt shock when the same man she fought with came to stage throwing sharp glares at Vanika and said -
"Good morning Candidates. I am Nirmay Oberoi your training commander. And from now you all will be trained under my guidance in these 11 months."
********************************************************
But both of them did not know that the tale which has started will go "𝙵𝚁𝙾𝙼 𝙷𝙴𝚁𝙴 𝚃𝙾 𝙴𝚃𝙴𝚁𝙽𝙸𝚃𝚈".