Nia, kembali semula melanjutkan pelajarannya selepas menangguh sem atas sebab tertentu. Kembalinya dengan azam yang baru. Dia yang dulunya ceria dan peramah, kini berubah menjadi pendiam. Selain pendiam, Nia juga di cop budak 'weird' oleh classmatesnya kerana kepelikannya. Bila bercakap, dia hanya menunduk. Bila bertembung dengan lelaki, dia menghilang. Ada yang kata dia anti lelaki, tetapi dia rapat dengan Nizam si Second Mr.Popular. Dan pertemuannya dengan Aiman, membuatkan hidupnya kucar kacir! "Kau ingat aku tak? Kita pernah jumpa kat library." -Aiman "Sorry, saya tak kenal awak." -Nia Syed Carliffe Aiman, pelajar sem 2 yang popular dengan wajahnya yang kacak, perwatakannya yang cool, tenang dan peramah, dan prestasinya dalam pelajaran yang cemerlang. Pakej dilengkapkan lagi dengan gelaran 'anak jutawan' yang diberikan pelajar2 di situ. Ramai pelajar wanita yang cuba merai perhatiannya, namun perhatian hanya tertumpu pada budak 'weird' itu. Entah kenapa, Aiman berasa tertarik dengan Nia walaupun gadis itu hanya berwajah sedang2 sahaja. Hanya kerana 'peristiwa' itu, Aiman jadi semakin ingin mengenali Nia. Namun semakin dia ingin mendekati Nia, Nia seperti semakin menjauhi diri. "Aku suka kau, Nia." "Maaf." Dia meluah, tapi Nia menolak. Aiman si mr.popular kena reject?? Aiman tidak berputus asa. Apa yang akan Aiman lakukan? Berjayakah dia memiliki si Pemilik Hati Mr.Popular? Bagi Nia, bersama Aiman rahsianya tidak akan bertahan lama. Apa rahsia Nia?
1 part