Diinspirasikan dari filem blockbuster Jepun, Battle Royale, 'Dendam Cikgu Rashid' mengisahkan 37 orang pelajar tingkatan 3 dihantar ke sebuah bandar terbiar yang terletak di sebuah pulau terpencil. Mereka diberi peta, makanan, dan pelbagai senjata. Kolar letupan dipasang di leher setiap seorang dari mereka. Jika mereka melanggar peraturan, kolar tersebut akan meletup. Semuanya berpunca dari dosa mereka terhadap bekas guru kelas mereka. Dan permainan ini adalah satu cara untuk mereka membayarnya. Misi mereka: membunuh antara satu sama lain untuk meninggalkan seorang sahaja yang hidup. Hanya yang hidup lepas dibenarkan untuk meninggalkan pulau itu. Jika terdapat lebih daripada seorang pemenang, kolar meletup dan membunuh mereka semua.