Aisyah Alisa. Benar kata orang. Cinta pertama memang sulit untuk dilupakan. Kenapa dia masih mengharapkan lelaki itu? Bukankah lelaki itu sudah pergi jauh dari hidupnya? 8 tahun dia cuba untuk membuang segala kenangannya bersama lelaki itu namun dia tetap gagal. -Ridzwan: 'Saya akan terus menunggu awak sampai pintu hati awak sudah terbuka untuk saya. Saya janji saya akan menjaga dan membahagiakan awak selagi saya mampu.' Namun kemunculan Mohd Zahir Azman membuat dirinya tidak tentu arah. Hatinya yang sudah lama terasa 'mati' tiba-tiba berdegup begitu kencang sekali. Aneh. Sudah lama dia tidak merasakan begitu. Hanya seorang lelaki sahaja yang dapat membuat hatinya berkocak, Suhifan. -Zahir Azman: 'Kita pernah jumpa ke dulu? Saya rasa macam saya pernah kenal awak tapi saya tak berapa ingat.' Ada apa sebenarnya antara Zahir Azman dan Suhifan?