Tangisan Anak Pelarian

Tangisan Anak Pelarian

  • WpView
    LECTURES 4
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Chapitres 1
WpMetadataReadContenu pour adultesEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication mer., nov. 23, 2016
Mentari senja mulai merah, menghilangkan cahaya sinarnya diufuk bumi anbia yang diberkati tuhan. Bumi anbia ini dahulu masyarakat disini hidup aman damai, jauh sekali berlakunya persengketaan sesama mereka tetapi kini bumi ini seakan bertukar menjadi padang jarak dihiasi puing puing runtuhan bangunan yang berserakan akibat bedilan roket dan peluru dari pihak yang sedang bertelagah. Bau hanyir darah merah mengalir keluar dari tubuh mangsa terkorban dan cedera menyesakkan lagi dada masyarakat yang hidup dibumi itu. Tubuh mayat yang mati akibat terkena serangan tentera kedua belah pihak, gugur bergelimpangan di sekitar jalanan cukup menyayatkan hati bila memandangnya. Ada masyarakat yang prihatin akan menggali lubang-lubang untuk menanam tubuh yang sudah tidak bernyawa itu dalam keadaan bertindih tanpa ada bernisan. Kelihatan berjuta-juta manusia merintih kelaparan akibat terputusnya bekalan makanan yang sudah berbulan bulan, malah bertahun tahun lamanya tidak makan. Siapa peduli akan semua ini? Siapa yang peduli akan nasib anak-anak mangsa kekejaman perang hidup menderita. Ahmed iaitu seorang budak lelaki bertubuh kecil, hidungnya mancung, berkulit putih muka arab, melihatkan akan perkara ini yang saban hari dialami olehnya. Dia duduk sendirian diatas rimbunan runtuhan bangunan yang musnah, dulunya bangunan ini menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat bumi anbia tetapi kini ia hancur musnah tiada apa yang hendak dibanggakan lagi melainkan menjadi tempat permainan Ahmed dan rakan-rakan senasibnya. Ahmed sudah tidak punya kedua ibu bapa. Ahmed kini tinggal bersama pak ciknya yang menyelamatkan dia ketika berlaku serangan rambang yang dilakukan oleh pihak tentera terhadap masyarakat awam yang mana kejadian itu mengorbankan nyawa ibu ahmed dan ayahnya pula hilang entah ke mana.
Tous Droits Réservés
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • You're mine (on going)
  • SISA HUJAN LUKA [end]
  • SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
  • Romance : Ahmad Khalif ✓
  • sumpahan cinta
  • Pintu Kayu, Dunia Baru by Amierfly28
  • Isteriku Doktor Cantik✔[COMPLETED]
  • TAKLUKAN NAFSU & JIWA
  • Aliz
  • Jejak Takdir

Semuanya bermula dengan satu chat ringkas. Medina Haura-gadis biasa yang gemar meluah rasa di ruang maya-tak pernah menyangka satu teguran dari akaun bernama "Muhammad Hakimi" bakal mengubah segalanya. Mereka berbual. Setiap hari. Malam jadi saksi pada gelak tawa dan kisah yang dikongsi. Hakimi nampak sempurna - memahami, manis berbicara, dan sentiasa ada. Tapi Medina tak tahu... setiap mesej yang dibalas, dibalas oleh jiwa yang makin tak waras. Bila Medina mula menjauh, Hakimi tak mampu terima. Dia cari. Dia jejak. Dia pantau. Bagi Hakimi, Medina bukan sekadar kenalan-dia segala-galanya. Cinta bertukar menjadi taksub, dan obsesi itu perlahan-lahan menjadikan Medina tawanan dalam dunia yang dibina oleh lelaki itu sendiri. Dan bila mereka akhirnya menikah, semuanya makin kelam. Tiada ruang untuk lari. Tiada tempat untuk bersembunyi. Medina hamil-tapi kebahagiaan itu cuma sementara. Kerana bila segalanya diragut dari rahim dan jiwanya, dia mula sedar... Mampukah Medina melarikan diri dari seseorang yang tahu segalanya tentang dirinya-termasuk cara untuk buat dia jatuh semula?

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives de Contenu