Bukan cerita cinta cliche benci bertukar cinta konon konon indahnya alam perkahwinan . Paparkan dunia sebenar bagaimana payahnya si wanita mengejar cinta si pemilik hati . Elena suka benar pada Fariq . Setiap hari , perasaan Elena pada sahabatnya itu kian mendalam . Puas dilakukan pelbagai cara dari menghias diri hinggalah menjadi popular namun hati Fariq masih lagj tidak tertawan . Mengapa susah sangat hati pemuda ini ingin Elena miliki ?! Apa specialnya Fariq di mata Elena ? Oh yang pastu Fariq hanyalah pemuda biasa yang normal bukan si CEO pemilik syarikat besar ternama kereta Ferrari dan BMW tersidai di anjung rumah . Fariq hanya manusia biasa yang hidup sederhana dan perangai pun tidaklah baik mana . Kalau dah cinta ? Nak buat macammana ?!