dalam novel ni, ada tiga cerita
Dangerous Mine
Kata Lanz...kita ibarat duduk dalam kotak kaca. Saling dapat melihat, tapi tak dapat menyentuh. Kalau sentuh pun, sentuh kaca tu aje. Tapi bila kaca tu pecah, kita dah terpisah. Kata Feyya...cinta dia pada Lanz hanya platonik. Dia anggap Lanz sebagai seorang kawan yang memahami. Tapi bila Lanz nak ubah platonik kepada cinta sejati, dia jadi takut dan lari. Kata Kirana, Lanz dan Feyya tak boleh bersama sebab hubungan mereka terlarang. Tapi lagi dia larang, lagi galak Feyya dan Lanz bermain bahaya.
Best Friend Ke?
Ilara memuja Zuddin sebagaimana gilanya Iddin kepada Halina. Tapi bila Zuddin dan Halina disatukan, Ilara dan Iddin menyimpul hasrat memisahkan mereka. Ilara yang licik, Iddin yang berani seringkali menganiaya Zuddin dan Halina. Halina si patung Barbie bersaiz manusia akhirnya melawan balas. DNA nakal dalam dirinya digerak mengatasi Ilara. Ilara dan Iddin terperangkap. Mampukah dua sahabat baik dijinakkan oleh cinta?
Suamiku Orang Muda
"Age is just a number," kata Rashdan. "Awak tu sebaya dengan adik saya!" balas Erza. Rasa rendah diri Erza membuatkan hatinya dingin dan keras untuk menerima lamaran Rashdan. Pertama kali gagal merebut cinta, tak menjadi halangan pada Rashdan memburu cinta seorang Erza. Mampukah Erza melawan pendirian menerima seorang gengster kampung menjadi raja di hati?
⋆。゚☁︎。⋆𝐋𝐨𝐲𝐚𝐥 𝐡𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 > 1 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 ⋆。゚☁︎。⋆
𝐍𝐮𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐗 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐈𝐬𝐲𝐪 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳
𝐏𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞 𝐱 𝐁𝐚𝐤𝐞𝐫
ꜱᴛᴀʀᴛ: 5 ᴏᴄᴛᴏʙᴇʀ 2023
ᴇɴᴅ: 14 ᴅᴇᴄᴇᴍʙᴇʀ 2023
𝘕𝘶𝘳 𝘏𝘢𝘯𝘯𝘢𝘩 𝘐𝘳𝘪𝘴, seorang gadis ceria dan selamba. Perwatakan yang dibawa terasa segar dan baru. Seperti diri dia yang baru lahir di muka bumi. Pandangan orang sekeliling termasuk ahli keluarganya sendiri sering membuahkan seribu tanda tanya di fikirannya. Apa yang tak kena dengan diri dia sampai abangnya sendiri bertindak menjauhkan diri dari dia.
Tapi perkara itu mula beransur pulih setelah tiga tahun tanpa dia tahu apa puncanya. Dia tidak kisah. Dia juga tidak mahu terlalu memaksa ahli keluarganya untuk membuka cerita.
𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘐𝘴𝘺𝘲 𝘏𝘢𝘳𝘳𝘢𝘻. Makan tahun diri dia dihantar ke luar negara bagi menerima rawatan psikologi akibat trauma yang makin memburuk disebabkan masa lalunya. Masa lalu yang melibatkan nyawa orang terpenting dalam hidupnya. Satu-satunya jiwa tulang belakang yang dia ada.
Setelah tiga tahun, dia pulang semula ke Malaysia. Dia bertekad, mahu mulakan semuanya. Buku baru akan terbuka. Kenangan baru akan tercipta. Tidak kisah masa yang terambil, dia cuma mahukan satu jiwa itu yang terisi di tangkal jantungnya.
"𝘊𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘴𝘩𝘦 𝘪𝘴 𝘮𝘺 𝘴𝘰𝘶𝘭𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝘍𝘰𝘳𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘮𝘺 𝘴𝘰𝘶𝘭 𝘢𝘯𝘥 𝘮𝘢𝘵𝘦."