Cinta Last Lap - Peanut
KarnaDya Publishing Sdn Bhd
Akan Mula Dijual di Ekpo Buku Malaysia 2016
Enggan membahayakan masa depan Blayze Group, Ryan Blayze yang
dituduh gay kerana sikap anti-perempuannya terpaksa menerima calon
isteri pilihan bapanya. Dengan perasaan yang berbelah-bagi, Nazirah
terpaksa menempuh perkahwinan tersebut. Namun begitu, sampai bila
hati ini mampu bertahan jika terus dihimpap dengan kata-kata kasar
apatah lagi apabila Nazirah mendapat tahu bahawa perkahwinan ini
bukanlah setakat penyatuan antara dua keluarga tetapi suatu lakonan
demi kepentingan Ryan sendiri.
"Kalau macam tu, berapa lama awak nak kita teruskan lakonan ni? Sebulan?
Dua bulan? Atau seminggu? Tapi saya lebih suka seminggu..cukup tak
agak-agak untuk memperbaiki nama baik awak tu, En.Ryan? Atau awak
perlukan surat perjanjian? Saya tak kisah.." ~ NAZIRAH.
Namun hari demi hari, saat Zira hampir berputus-asa dengan
perkahwinannya ini, hatinya kembali terpikat dengan sikap aneh Ryan
terhadapnya.
Bagi Ryan pula, kehadiran Nazirah dalam hidupnya seolah-olah
mengembalikan suatu perasaan istimewa yang tak pernah dia rasai
sebelum ini.
"Siapa kau ni? Kenapa aku boleh rasa macam ni bila tengok kau? Kenapa
hanya kau je yang mampu buat aku jadi macam ni? Kenapa aku macam
boleh dengar dan nampak kau sedangkan kau tak ada kat sini? Sejak bila aku
jadi macam ni? Tapi kenapa? Aku tak ada apa-apa perasaan terhadap
kau..sikit pun tak ada..kan? Sepatutnya macam itu..kan?" ~ RYAN.
"Itu hak kau tapi, suatu hari nanti..kau akan sedar juga. Kitorang tak pernah
bercinta pun tapi sekurang-kurangnya..kitorang tahulah juga apa itu cinta
dan apa akan jadi kalau seseorang tu dah angau. Hah, macam kau
tulah..cakap sorang-sorang. Silap hari bulan, boleh terbayang-bayang Zira
tu..itu namanya..angau.." ~ ADAM.
Mampukah seorang lelaki yang suatu ketika dahulunya membenci
wanita, meluahkan kata-kata cintanya? Dari mana datangnya kebencian
Ryan terhadap wanita ini?
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees.
Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup.
Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya.
Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai.