TENGKU ASHRAFF IMAN, dia tidak pernah terfikir untuk mencari permaisuri hatinya yang akan menemaninya di harihari tua. Namun kerana desakkan ibundanya yang inginkan menantu, akhirnya jejaka idaman malaya ini tewas dek kuasa veto si ibu. " Bonda, Ashraff akan kahwin dengan perempuan tu tp Ashraff minta maaf kalau dia terseksa kahwin dengan Ashraff sebab Ashraff langsung tak cintakan dia! " Disebelah pihak pula, gadis yang berkelayakkan tinggi terpaksa menggadaikan dirinya dan cita citanya hanya untuk bernikah dengan lelaki pilihan abangnya. Sungguh, ini memang tidak masuk akal! " Kalau Hanna kahwin dengan dia, cita cita Hanna nak jadi pilot macam mana? Habistu pelajaran Hanna macam mana? Along takboleh buat Hanna macamni! Hanna ada pelajaran, Along! For about 4 years Hana studies dekat oversea and this is what you did to me? Selfish! " Hanna Sofea dan Tengku Ashraff Iman tiada keserasian. Namun kerana desakkan, akad telah terlafaz.. Mampukah mereka bersama sama membina mahligai cinta?