Dendam boleh menyebabkan kita hilang daya fikir . Dendam boleh menyebabkan kita berubah daripada manusia yang beriman kepada manusia yang tidak berhati perut . Dendam juga boleh memaksa seseorang untuk bertindak di luar jangkaan . Mengapa wujudnya dendam di antara manusia ? --------------------- keperitan kisah silam Naim telah memaksanya untuk membalas dendam terhadap sesiapa sahaja yang pernah mengguris hatinya . Keadaan terlalu memaksanya kerana itu sahaja yang membuatnya tenang kerana umur semakin menjangkau 20 an menyebabkan dia lebih berani di setiap perbuatan yang dilakukan . ------------------------- Afizudin Naim atau lebih dikenali sebagai Naim merupakan seorang pelajar yang sering dibuli oleh rakannya sewaktu di sekolah rendah lagi sehingga ke alam menengah dia masih diperlakukan sedemikian . Naim berasal daripada keluarga miskin yang hanya beralaskan papan dan berbumbungkan zink buruk . Hidupnya dipenuhi dengan segala keperitan sejak kecil sehingga memaksa dia untuk bekerja untuk mencari sesuap nasi . Disebabkan sering diejek berasal daripada keluarga ' pengemis ' , Naim mengambil tindakan untuk menjadi pendiam walau dengan sesiapa pun . keadaan itu telah menyebabkan dia sering diperlakukan seperti ' sampah ' . --------------------- Apakah kesudahan disebalik dendam yang semakin membara dalam diri Naim ? Apakah yang menyebabkan dia berubah daripada manusia biasa kepada manusia yang berhati kejam ? semuanya akan terungkai di dalam novel ini .........All Rights Reserved