Makmum Yang Paling Aku Cinta

Makmum Yang Paling Aku Cinta

  • WpView
    Reads 72,333
  • WpVote
    Votes 562
  • WpPart
    Parts 28
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Apr 13, 2018
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato' Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih dari seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut. Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu. Kerana manusia bernafsu binatang, sebuah tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat. Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat. Apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam Tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato' Syed Qassim! " Voiceless or not, it doesn't matter. My feelings for you won't ever change. Please have faith in me, little one." ~ Kata salah seorang Syed!
All Rights Reserved
#173
lovestory
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Biarkan Sepi Berlalu / Sepi Tanpa Cinta
  • Thriller : Wais Ayden ✓
  • MY 'RUDE' WIFE
  • 𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • Dia Untuk Aku
  • Her Sapphire Tides [C] ✓
  • 𝐍𝐀'𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐀𝐋𝐊𝐀𝐄𝐙𝐀𝐑

HAZIQAH memasang impian untuk hidup bahagia disamping Yusri. Namun, dia tidak menduga di saat hari yang dinantikan itu bakal menjelma, timbul fitnah yang mempersoalkan kesucian dirinya. Lantaran itu, pelamin angannya musnah menyebabkan harapannya hancur berkecai umpama terhempas. Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu diteruskan. Apa yang penting, fitnah dapat dihentikan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela menerima lelaki itu sebagai suami asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Malangnya, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan derita yang sedia tergalas di bahunya. Haziqah dikeji dan digantung tidak bertali! Bagi Fakrul, hatinya telah tertutup untuk mencintai setelah Azura, gadis pertama yang disayanginya bertindak curang. Dia benci kepada perempuan yang tidak setia. Maka, apabila dipaksa menerima Haziqah sebagai isteri, kebenciannya seolah-olah menggunung. Tidak langsung Fakrul menyangka, pertemuan kedua antara dirinya dan Haziqah membuatkan dia tiba-tiba merasakan bahawa Haziqah telah ditakdirkan untuknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya. Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terasa kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali dia dilukai.

More details
WpActionLinkContent Guidelines