Story cover for The Adventure of Twin Brothers by NanamiSha1132
The Adventure of Twin Brothers
  • WpView
    Reads 31,830
  • WpVote
    Votes 2,613
  • WpPart
    Parts 25
  • WpView
    Reads 31,830
  • WpVote
    Votes 2,613
  • WpPart
    Parts 25
Ongoing, First published Dec 19, 2016
Kris dan Kai, sepasang kembar seiras yang boleh dibezakan melalui warna matanya.

Takdir telah membawa mereka masuk ke dunia Verlyntia setelah mereka menjumpai buku dan burung emas magis.

Dunia Verlyntia, di mana semua penduduk di dunia ini mempunyai pelbagai jenis kuasa.

Si kembar ini dikatakan sebagai pahlawan lagenda yang datang ke Artrica Kingdom untuk membantu melawan Ghallian Kingdom yang selalu menindas kingdom-kingdom yang lain.

Tetapi masalah terjadi apabila Kris dan Kai tiada kuasa dan tidak seperti apa yang dikatakan lagenda.

Mampukah mereka mengharungi masalah ini? Dapatkah mereka menghalang rancangan jahat Ghallian Kingdom?

Ikuti kisah Kris, Kai dan rakan-rakannya yang lain dalam mengatasi cabaran dan pengembaraan ini!
All Rights Reserved
Sign up to add The Adventure of Twin Brothers to your library and receive updates
or
#41magic
Content Guidelines
You may also like
Di Bahu Seorang Abang by hannahBB3838
27 parts Complete
Halilintar seorang abang sulung yang memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga kepada enam adiknya. Sejak kecil, dia telah terbiasa berdikari tanpa kasih sayang ibu bapa di sisi, kerana mereka bekerja jauh dari rumah. Dia juga berperanan sebagai pelindung, pembimbing, dan penyayang, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Pada usia yang muda, mereka selalu tinggal bersama pengasuh tapi semakin mereka membesar, Halilintar buat keputusan untuk menjaga adik-adiknya sendiri. Bertahun-tahun berlalu banyak kenangan manis dan pahit mereka bersama, banyak yang mereka telah lalui Selepas bertahun-tahun ditinggalkan oleh ibu bapa mereka, Halilintar membesar menjadi seorang abang sulung yang memikul tanggungjawab besar dalam keluarganya. Sejak kecil, dia sudah terbiasa menjaga enam adiknya-Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Duri, dan Solar-tanpa kasih sayang ibu bapa di sisi. Mereka bukan sekadar adik-beradik, tetapi sebuah keluarga yang saling bergantung antara satu sama lain. Namun, segalanya berubah apabila suatu hari, ibu bapa mereka pulang setelah bertahun-tahun menghilang. Tetapi kepulangan mereka bukan untuk mengembalikan keluarga yang hilang-sebaliknya, mereka datang dengan satu keputusan yang mengejutkan. Halilintar harus pergi ke Australia untuk mengambil alih syarikat keluarga. Bagi Halilintar, ini bukan hanya sekadar sebuah tawaran- ini adalah pengkhianatan terbesar. Bertahun-tahun dia menjaga adik-adiknya, dan kini ibu bapanya mahu memisahkan mereka? Dalam pergelutan antara tanggungjawab sebagai abang dan keputusan ibu bapanya, Halilintar harus memilih. Adakah dia akan mengorbankan dirinya demi keluarga yang pernah meninggalkannya? Atau adakah dia akan berjuang untuk terus berada di sisi adik-adiknya? Sebuah kisah tentang kasih sayang, kehilangan, dan pertarungan antara takdir dan pilihan.
PUTERI TERAKHIR KERAJAAN AETHERION by adiksinopal
14 parts Complete
Di atas langit dunia fana, wujud sebuah kerajaan terapung bernama Aetherion - diperintah oleh keluarga diraja yang memiliki kuasa warisan langit, berakar dari cahaya bintang pertama. Puteri tunggal kerajaan ini, Althea, tidak seperti gadis bangsawan biasa. Dia belajar seni pertempuran sejak kecil, menguasai strategi perang, sihir langit, dan mekanik udara. Ketegasannya di medan latihan dan keberaniannya dalam setiap cabaran menjadikan dia legenda dalam kalangan rakyat - walaupun dia belum ditabalkan. Namun, pada hari ulang tahunnya ke-18, sempadan antara dunia nyata dan dimensi gelap Bayangan Abadi terbuka. Makhluk-makhluk gelap menyerang istana dengan kekuatan yang tiada tandingannya. Dalam kekacauan itu, Raja dan Permaisuri menghilang dalam ledakan cahaya, dan kerajaan jatuh dalam genggaman musuh yang tidak diketahui asalnya. Althea, yang diselamatkan oleh penjaga diraja terakhir, mendapati bahawa hanya satu cara untuk menyelamatkan Aetherion: menyatukan serpihan artifak purba bernama Jantung Aetherion, yang pernah disimpan di empat lokasi legenda - setiap satunya dijaga oleh entiti kuno dan penuh cabaran maut. Perjalanan Althea merentas dunia - dari gua naga beku di utara hingga padang pasir berbisik di selatan - membawa dia berdepan dengan pengkhianatan, kehilangan, serta pertemuan dengan sekutu luar biasa seperti seorang pahlawan naga muda, seorang ahli sihir pengembara, dan seorang budak yatim yang punya penglihatan masa depan. Tetapi bahaya bukan sahaja datang dari luar... dalam dirinya sendiri tersembunyi rahsia yang boleh menyelamatkan atau menghancurkan seluruh dunia.Semakin dekat dia dengan misinya, semakin kuat tarikan kuasa gelap dalam dirinya - warisan misteri dari masa silam keluarganya sendiri. Adakah Althea akan menyelamatkan Aetherion, atau musnah oleh kuasa yang diwarisinya?
You may also like
Slide 1 of 10
Gempa! Jangan Tinggalkan Kami!!! cover
Little Brother? Light Of The Madness[Complete] cover
His Royal lover  cover
Power Of Twin Sister  cover
Di Bahu Seorang Abang cover
Time Repeat II (COMPLETE) cover
PUTERI TERAKHIR KERAJAAN AETHERION cover
Killer Twins Reincarnation???[END] cover
LION VS WOLF  cover
Sekuel Aduhai Si Kembar !! cover

Gempa! Jangan Tinggalkan Kami!!!

34 parts Complete

Kisah tentang tujuh adik beradik yang mempunyai kuasa elemental iaitu Halilintar, Ais, Gempa, Taufan, Blaze, Solar dan Thorn. Ia menceritakan tentang seorang adik yang sangat di sayangi keluarga. Tapi apabila mereka semua tahu ada yang ingin membunuh adik kesayangan mereka itu, mereka mula berjaga jaga dan melindungi adik mereka. Apa yang akan terjadi pada mereka semua. Siapakah adik kesayangan mereka itu. Apakah sebab penjahat itu ingin membunuh adik mereka? Sama sama kita baca! Peringatan : Boboiboy hanyalah milik MONSTA. Saya hanya pinjam characternya sahaja. ● Boboiboy belongs to MONSTA but this story is mine ● Kalau nak pakai idea, minta kebenaran dulu Today is gonna be an awesome day, Cause you're right here with me.