Eliz Alisya seorang gadis yang bersifat tomboi, berminat dengan motor big bike, bersikap sambil lewa dan tidak berminat langsung untuk bercinta. Bagi Eliz Alisya cukup sahaja dia mempunyai teman tapi mesra seperti Izwan, Ashraf, Nisa, Khairul dan Sabrina terutama Izwan yang sentisa memberi perhatian yang sepenuhnya kepada dia. Tetapi adakah Izwan anggap menganggap dia hanya sebagai kawan? Hidup Eliz bagai berakhir apabila muncul king of playboy iaitu Karlbin yang membuatkan hidup nya kucar kacir. Malah Eliz telah menjadi tukang kuli kepada Karlbin akibat sesuatu peristiwa. Pergaduhan demi pergaduhan. Hinaan demi hinaan sehingga akhirnya menjadi rapat tetapi dengan syarat DONT FALL IN LOVE WITH ME!. Apakah yang terjadi setelah Izwan menghilang? Adakah Eliz tetap menjadi seorang yang benci akan cinta? Atau terus menerus membenci Karlbin? Bagaimana hubungan persahabatan Teman tapi mesra mereka? Akhirnya siapakah yang menjadi pilihan Eliz Alisya setelah terluka.