36 parts Complete "kenapa awak nak sangat saya jadi isteri awak..?, sedangkan saya cuma gadis biasa je"-sya athalia
"Sya, awak mungkin rasa awak gadis biasa, tapi bagi saya, awak luar biasa. Tak ada orang lain yang boleh buat saya tersenyum tanpa sebab macam awak buat. Saya tak perlukan gadis yang sempurna, saya cuma nak gadis yang buat saya rasa sempurna... dan itu awak."-efsar ziqry
Suatu hari, Efsar singgah di kafe tersebut ketika bercuti daripada tugasnya. Pada mulanya, dia hanya berniat untuk menikmati secawan kopi dan sedikit ketenangan, tetapi pertemuannya dengan Sya mengubah segalanya. Sya, dengan senyumannya yang manis dan cara bicaranya yang lembut, segera menarik perhatian Efsar.
Kisah cinta mereka berkembang dengan perlahan tetapi mendalam, seperti aroma kopi yang memenuhi kafe. Namun, hubungan mereka diuji apabila Efsar dipanggil kembali ke medan perang, meninggalkan Sya dengan persoalan: adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan walaupun berjauhan?
Kisah ini menggambarkan bagaimana cinta boleh menjadi kekuatan di tengah-tengah kehidupan yang penuh cabaran. Dalam dunia yang berbeza, Efsar dan Sya belajar bahawa cinta sejati memerlukan keberanian, pengorbanan, dan kepercayaan.
Kalau ada kesalahan, tolong tegur ye!,
InsyaAllah saya akan betulkan pertulisannya<3