Dunia bakal tiba ke penghujungnya. Segala raksasa mula menghantui malam. Disangka selamat daripada semua ancaman tersebut. Namun , semuanya salah. Kisah tentang sepasang gadis kembar yang menyangka ayah mereka membawa mereka jauh dari dunia yang sudah gelap sebaliknya sangkaan mereka berputar arah. Ayah yang amat mereka banggakan rupanya seorang yang tidak berperikemanusiaan. Akibat dendam , Dr. Alberto mereka dunia yang dipenuhi pelbagai raksasa yang terkena virus buatannya. Gadis kembarnya juga turut dijadikan uji kajinya menyebabkan Aila dan Aika mengalami koma dalam tempoh yang lama. Dapatkah Aika menyedari rancangan sebenar Dr. Alberto selepas mengalami koma selama 4 tahun? Dapatkah Aila bertemu semula dengan kembarnya , Aika? Dapatkah Aila dan Aika keluar dari dunia rekaan Dr. Alberto yang dipenuhi raksasa? Adakah Aila dan Aika akan dapat kebebasan hidup buat kali pertama dalam hidup mereka atau tidak? Saksikanlah!