Friendship

Friendship

  • WpView
    Reads 219
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 12
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, May 5, 2017
WpInfo
Fiction
Romance
Ukhuwah terbina persis sekuntum bunga💞 Ketika seorang mahasiswi, Nina perlu berpisah dengan sahabat-sahabatnya (Kak Sha, Kak Tiq dan Kak Fai) atas urusan keluarga, Nina masih lagi berhubung dengan mereka. Dia percaya bahawa jarak tak dapat memisahkan persahabatan yang telah terjalin. Pertemuan dan perpisahan antara sahabat-sahabatnya membawa kepada kemanisan dan kepahitan dalam persahabatan. Disebabkan jarak di antara Australia dengan Malaysia terlampau jauh, Nina hanya boleh berkomunikasi secara WhatsApp, Telegram, Facebook dan Instagram. Semuanya menggunakan teknologi. Mereka saling berkomunikasi pada setiap bulan tanpa henti. Namun segalanya berubah apabila Kak Sha terlampau sibuk dengan pelbagai aktiviti. Kesibukannya membuatkan dirinya hanya sempat membaca mesej Nina tanpa memberi maklum balas kepada Nina. Pada cuti seminggu, Nina kembali ke Malaysia dengan izin ibu bapanya, dia pulang ke tanah air. Di situlah, Nina mencari sahabat-sahabatnya yang dirindui di universitinya dulu. Atas sebab ego, dia mengelakkan dirinya untuk berjumpa dengan sahabat karibnya, Kak Sha. Tindak-tanduk Nina membuatkan sahabat-sahabatnya memberi pelbagai jenis nasihat agar persahabatan yang telah lama terjalin atas kehendak Ilahi kembali bersatu. Kesibukan ibu bapa Nina pula, membuatkan dia berasa serba tidak layak menjadi hamba Allah di dunia ini. Tanpa sengaja, dia futur dalam menempuhi kehidupan ini. Namun akhirnya, dengan bantuan ikatan persahabatan, dia berjaya kembali kuat. Bagaimana mungkin sebuah persahabatan tidak berguna kepada manusia? Kerana itu, ikatan persahabatan berjaya mengembalikan fitrah manusia yang menginginkan teman untuk saling mengingati diri mereka ke jalan yang benar. Nina tidak pernah menduga bahawa ikatan persahabatan itu akan mengubah hidupnya. Ikatan persahabatan kerana Allah telah mengubah hidup seseorang, Nina kembali kepada fitrah manusia.
All Rights Reserved
#2
ukhuwah
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Fantasi Cinta Sufi'zz
  • DIA TERISTIMEWA
  • JODOH DARI BESTFRIEND
  • 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐥𝐚𝐩
  • ASSALAMUALAIKUM RINDU
  • Hanya Di Dalam Doa ✔
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?

Sufiana Qiara - Dikenali sebagai Qiara dan masih lagi belajar di sekolah menengah. Satu kehidupan yang sepi menyelubungi dirinya kerana menjalani hidup tanpa insan bernama sahabat walaupun seorang. Merupakan anak yatim piatu namun bahagia bersama adik tercinta di samping ibu dan bapa saudaranya. Sufiana Qiara meneruskan kehidupan sebagai pelajar di sekolah dengan ditemani oleh insan-insan yang sangat membencinya kerana satu alasan. Sufiana Qiara gadis berpurdah. Satu tragedi pahit telah berlaku yang telah menemukannya dengan seorang jejaka. Tragedi pahit itu telah bertukar menjadi satu tragedi paling manis buatnya. Kini, dia bukan lagi Qiara. Tetapi, Sufi.! I'zz Carl - Jejaka yang mencari erti hidup yang sebenar. Hidup tanpa tuhan bukan menjadi keinginannya. Sejarah hidup membuatkan dirinya sentiasa berjaga-jaga. Pertemuannya dengan Sufi yang tanpa diduga telah memberikan nur Islam kepadanya. Dia semakin dekat dengan tuhan. Akhirnya...selamat datang Muhammad I'zz Carl bin Abdullah. Di dunia asing itu, mereka telah mendapat satu kuasa ajaib yang tidak dapat diterima dek akal. Tetapi, ianya sebuah hakikat. Pengembaraan mereka bersama di dunia asing itu telah membibitkan bunga cinta antara mereka. Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah yang berlaku terhadap mereka. Sufi dan I'zz - Terpaksa berpisah tanpa rela kerana keadaan tidak mengizinkan mereka untuk terus bersama. Kasih dan sayang, rindu dan dendam, musuh dan sahabat saling berhimpit membuahkan satu kisah yang mustahil. Ianya sekadar fantasi dan hanya sebuah mimpi. Namun, benarkah? Masih tinggal satu persoalan. Dapatkah Sufi dan I'zz kembali bertemu setelah berpisah dalam dua dunia yang berbeza? Segalanya akan terungkap dalam Fantasi Cinta Sufi'zz.

More details
WpActionLinkContent Guidelines