BILA CINTA MILIK DIA

BILA CINTA MILIK DIA

  • WpView
    Reads 561
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Dec 30, 2016
WpInfo
Fiction
Romance
Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati. Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan. Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan. Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka. Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama. Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? - Maliqi Aku ada misi - Rania Misi? Misi apa? - Maliqi Misi mencari suami - Rania
All Rights Reserved
#139
persahabatan
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
  • Sentuhan Kasih
  • AFWAN: Mine, Angel!
  • RINDU BER... DARAH
  • BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)
  • Bukan Sekadar Cinta
  • DELETE
  • Antara Misi dan Hati
  • Crush Mr Scandel

Sequel from Cinta Hati Mr.Rayden Rafiqi : "Aku nak kau gugurkan kandungan tu!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 "Jangan tuan, anak ni tak bersalah. Ini anak tuan." -𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 "Tch. Let me remind you again, flower. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang layak mengandungkan anak aku! Lagipun kau dah lupa, aku yang beli kau? Hmm? Jadi kau sepatutnya patuh dengan setiap arahan aku!" -𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐀𝐈𝐒𝐘𝐀 𝐐𝐇𝐀𝐈𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐒𝐄, gadis yatim piatu berusia 18 tahun yang dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya. Saban hari dia diseksa, dicaci, dicemuh dan bapa saudara serta sepupu lelakinyanya juga sudah hampir beberapa kali cuba untuk meragut kesuciannya. Dek kerana bebanan hutang dan rasa benci kepada gadis polos itu, Aisya Qhaisarah Rose dijual demi melunaskan hutang mereka sekeluarga. 𝐑𝐈𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐅𝐈𝐐 𝐙𝐀𝐘𝐘𝐇𝐃𝐈𝐓𝐇, sebaris nama yang sangat digeruni di dalam dunia perniagaan dan di dalam dunia pembunuhan. Jejaka berusia 25 tahun yang memiliki sifat kejam dan panas baran. Tampan dan kaya namun tidak berperikemanusiaan. Hanya Tiara Kamelia sahaja yang dicintai olehnya. Gadis yang menjadi pilihan hatinya namun dibantah keras oleh keluarganya. Bertemu dengan Aisya Qhaisarah Rose yang dijadikan pelacur di sebuah kelab malam yang terkenal. Dia bertekad mahu membeli gadis sunti itu dan dibawa pulang ke 'istananya'. Disangkakan jejaka itu penyelamatnya, namun hanya tubuhnya sahaja yang diingini oleh jejaka itu. Kerana tidak tahan menanggung dosa, Aisya Qhaisarah Rose meminta agar dia dinikahi dan jejaka itu bersetuju tetapi dengan syarat, perkahwinan itu menjadi rahsia. Dijadikan isteri namun dilayan tidak ubah seperti seorang perempuan simpanan. "𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐲𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧"

More details
WpActionLinkContent Guidelines