Pernahkah anda menaiki lif seorang diri ? Saya pernah, dan terus terang saya katakan, saya takut apabila berseorangan di dalam lif ! Tempat itu sempit, tidak selesa, kosong.... atau mungkin tidak ? Saya sering kali merasakan bahawa saya tidak bersendirian ! Seolah-olah ada hembusan nafas yang hangat di pangkal leher. Kadang-kadang lif terbuka sendiri tanpa ada yang menunggu di luar. Kadang-kadang bayang-bayang yang dipantulkan di dinding lif, bukan kepunyaan sendiri ! Jaga-jaga ! Mungkin ada sesuatu yang lebih menakutkan daripada hantu...tidak jauh dari tempat anda berdiri !