22 parts Complete Mature[ √ ]
Byeol Haein bermaksud Bintang Harapan.
Akan tetapi sifat pemilik nama jauh sekali dengan erti nama yang dipegangnya.
Byeol Haein, gadis 30 tahun yang berjiwa bebas dan tak kisah dengan pandangan dunia terhadapnya.
Dia telah menjalani hidup sebagai 'parasit' di dalam kehidupan para lelaki tua kaya raya yang berada di pertengahan hidup dan mati. Walaupun Haein hanya inginkan harta mereka tapi dia tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai peneman dan penghibur kepada suami-suaminya hinggalah ke akhir nafas mereka.
Dia sudah menjalani kehidupan murahan ini selama sepuluh tahun lamanya dengan sepuluh rekod penceraian. Namun, tentu saja Haein tidak terganggu dengan hal itu. Dia senang dan merasa bebas dengan hidup murahannya ini.
Akan tetapi, kebebasan yang dia agungkan itu menemui noktah penamatnya. Semua bermula kerana pertemuannya dengan Kim Taehyung, lelaki kaya raya yang gila, panas baran, dingin dan mulut tak bertapis itu.
Haein Target ayah, anak dia pula yang terkena.
Kerana suatu alasan, Taehyung mengikat Byeol Haein dengan sebuah perjanjian.
Start: 30 December 2022
End: 15 January 2023
Highest Rank:
#8 in Taehyung
©hannidews2022