Tak sangka sekolah baru yang agak terkenal ini adalah sekolah yang mempunyai banyak misteri. Kata orang, di sekolah ini ada seorang budak perempuan mati bunuh diri kerana gagal dan stress dalam pelajaran. Ada juga menyatakan yang tapak sekolah ini adalah tempat persembunyian tentera jepun sewaktu perang dahulu Sekumpulan pelajar tingkatan 5 sangat ingin tahu sama ada kata-kata orang ramai itu betul atau salah. Mereka pun menyiasat dan siapa yang menyangka semasa penyiasatan itu dijalankan nyawa mereka telah menjadi taruhannya. Apakah sebenarnya yang telah terjadi di sekolah itu? Akankah ada yang terselamat? Adakah cerita yang menjadi buah mulut masyarakat itu betul? Semuanya akan terjawab di dalam cerita ini.