THE ENCHANTING : MAWAR ALEEYA ( COMING SOON EBOOK 18+)
8 parts Ongoing (BACAAN DEWASA)
BLURB
THE ENCHANTING : Mawar Aleeya
Zayden tidak pernah menyangka pertemuan semula dengan Mawar selepas sepuluh tahun akan membangkitkan rasa yang telah lama terpendam. Dahulu, mereka hanyalah jiran yang berkongsi tawa dan kenangan, tetapi kini, Mawar berdiri di hadapannya sebagai tunangan orang lain. Dia cuba mengabaikan perasaan itu, cuba merelakan... sehinggalah segalanya hancur dalam sekelip mata.
Hari yang sepatutnya menjadi saat paling bahagia dalam hidup Mawar bertukar menjadi mimpi ngeri. Lukman, lelaki yang berjanji untuk menjadi pelindungnya, menghilangkan diri tanpa sepatah kata, meninggalkan dia dengan hati yang hancur dan maruah yang tercalar. Dalam detik penuh kesedihan itu, Zayden membuat keputusan yang mengubah segalanya ,dia menggenggam tangan Mawar dan menggantikan tempat Lukman di sisi pelamin.
Zayden sanggup menjadi suami kepada wanita yang tak pernah lepas dari hatinya. Dia berjanji untuk membahagiakan Mawar, untuk melindungi Mawar dari luka yang pernah singgah di hatinya. Namun, bahagia mereka tidak disenangi. Lukman kembali bersama Suzana, membawa dendam yang ingin meranapkan segalanya.
Saat satu kejadian menguji mereka, Mawar hampir terpisah daripada orang yang sangat mencintainya. Tapi Zayden tidak akan membiarkan sejarah berulang. Dia tidak akan kehilangan Mawar.
Tidak kali ini.
Cinta mereka teruji dengan pengkhianatan dan kejahatan. Tapi, cukupkah cinta untuk mempertahankan mereka? Atau kali ini, takdir benar-benar mahu merampas kebahagiaan mereka selamanya?