" Saya Ameer Haydan bin Dato Hamid , awak tak kenal saya dah ke ? " Pertemuan yang tak dijangka telah membuka kembali ingatan perit dalam hidup Hafya Elaika . Kehadiran lelaki yang pernah dicintai dahulu membuat kehidupan Hafya tunggang terbalik . " Kau ni dah kenapa ? Kemaruk sangat dah ke ? Aku kata aku tak nak , maksudnya tak naklah . Tak faham bahasa melayu ? " - Hafya Elaika " Saya akan terus cuba untuk meraih kemaafan daripada awak . Saya nak awak lupakan tentang apa yang pernah berlaku dulu , Hafya ." - Ameer Haydan Namun disebalik usaha yang dilakukan oleh jejaka itu , terselit satu rancangan yang telah dibuat . Hanya kerana satu wasiat oleh arwah nendanya , dia sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan segala harta yang diwarisinya . Dia terus mencuba untuk menjadikan Hafya miliknya . " Awak , saya nak awak jauhkan diri daripada Haydan . Saya tahu mesti ada apa-apa yang dirancang olehnya . Saya tak nak awak disakiti ." - Amirul Syafiq Disebabkan satu kejadian , Hafya Elaika sah menjadi isteri kepada Ameer Haydan . Perasaan yang dulunya benci semakin pudar . Layanan oleh suaminya membuatkan hati Hafya terusik . Dia percaya bahawa lelaki itu merupakan jodoh bagi dirinya . " Yes , memang aku rancang semua ni . Aku takkan lepaskan kau sampai apa yang aku nak aku dapat . Kalau kau keluar dari rumah ni . Aku akan gantung kau tak bertali sampai bila-bila ." - Ameer Haydan Kasih dan cinta yang selama ini dipandang tinggi oleh Hayfa lenyap begitu sahaja . Hatinya hancur dan berkecai disebabkan lelaki itu . " Sayang , I nak you tahu . Perempuan ni tak sesuai dengan you . I janji akan sayang you sampai bila-bila ." - Amira Farika . Hanya dengan meninggalkan satu nota , Hayfa membawa dirinya jauh . Kehilangan Hafyaa dalam hidup Ameer Haydan mula membuat jejaka itu menyedari perasaannya yang sebenar . " Hafya , abang nak sayang ada dekat dengan abang . Kenapa sayang tinggalkan abang ? Berikan abang satu lagi peluang , sayang ." - Ameer HaydanAll Rights Reserved