Kekasih Mawar Putih

Kekasih Mawar Putih

  • WpView
    Leituras 608,078
  • WpVote
    Votos 2,080
  • WpPart
    Capítulos 4
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização qua, jul 9, 2025
WpInfo
Ficção
Romance
Dia dibesarkan di tempat di mana bunyi daun lebih nyaring daripada deringan telefon. Di mana cahaya bulan jadi pelita, dan laut jadi sahabat yang tidak pernah menghakimi. Namanya Mawar. Gadis pelik, kata mereka. Terlalu banyak cakap, suka merapu, dan terlalu jujur untuk dunia yang penuh kepura-puraan. Tapi setiap kata-katanya meski sering ditertawakan selalunya benar dan berdasarkan fakta. "Bila usia kau mencecah dua puluh lima, dunia akan berubah. Dan cinta akan menemukanmu semula." Dan hari itu datang. HANS: "Kenapa ada perempuan dalam hutan ni? Kau sesat ke?" MAWAR: "Eh, saya tak sesat. Saya memang tinggal sini. Hutan ni rumah saya. Tapi saya tahu jam awak tu model 2014, dah retak sikit kat bucu kanan kan?" Hans pandang Mawar atas bawah. Bukan sebab nak flirt. Tapi sebab nak cari jawapan. Sebab perempuan ni pelik sangat! Mana dia tahu retak jam aku tu kat bucu kanan? Dia sendiri pun tak perasan. Hans ingat dia halusinasi bila balik KL, sebab suara Mawar masih terngiang-ngiang. Mustahil seorang gadis dari hutan boleh jejak kaki ke bangunan kaca di tengah Kuala Lumpur. Tentulah tak masuk akal. Hans sampai gelak sorang sebab fikir yang dia dah gila asyik dengar suara perempuan pelik tu. "Aku okay ke ni? Dah gila ke aku ni?" Sejak hari itu, hidup Hans tidak lagi sunyi. Kerana Mawar bukan sekadar muncul dia datang membawa rahsia. Rahsia yang sudah terlalu lama tertanam dan terlalu berat untuk ditolak. Dan Hans? Dia langsung tak bersedia.
Todos os Direitos Reservados
#75
2025
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Permission to Fall, Prof!
  • Racing King
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Forever Isn't What We Promised

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo