Dah nama pun cinta. Semua orang ada cinta sebab TUHAN hadir kan orang untuk menyayangi orang lain atas sebab kasih dan sayang bukan kasih sayang dari posisi yang salah iaitu kau serah seluruh jiwa dan raga kau untuk orang yang kau sayang yang mungkin TUHAN hadir kan untuk seketika dan mungkin untuk menguji imaginasi keimanan dalam diri apatah lagi yang nama nya islam apa mungkin untuk menguji sejauh mana teguhnya benteng keimanan dalam diri yang abadi, untuk menguji sejauh mana kewibawaan kesetiaan dalam diri seorang yang nama nya manusia. Kau silap langkah kau derita, kau salah bicara kecewa yang kau capai, kau salah serah ego kau rugi apatah lagi kau fikir kau cukup sempurna untuk melakukan apa saja KELIRU kau dapat. Ferisha adalah seorang gadis kampung yang cukup dikenali dengan sikap peramah dan rajin bahkan sangat akrab dengan kawan-kawan nya cukup di puji oleh segenap mulut. Dalam aspek cinta pula ferisha mempunyai teman lelaki yang memang diketahui umum rapat dengan nya sejak di bangku sekolah menengah lagi yang diberi oleh orang tua nya dengan nama fredy. Kalau dulu zaman sekolah menengah boleh lah dikatakan dengan cinta monyet akan tetapi hubungan yang terjalin istemewa sejak itu hingga lah sekarang masih teguh cukup sudah untuk membina sebuah mahligai masjid yang indah. Akan tetapi dalam masa sudah mendirikan tiang muncul seorang lelaki yang hanya dikenali melalui seorang sahabat baik ferisha iaitu melalui zelidha bernama elydad yang pada am hanya lah mengenal sebagai kawan biasa, tampa diketahui zelidha, erfina, fardhaly dalam diam ferisha dan elydad bertukar nombor talefon dan sering bertemu senyap-senyap tanpa pengetahuan sahabat ferisha dan mereka menjalinkan hubungan dalam diam. Persoalan mula timbul dalam benak zelidha yang memperkenalkan elydad kepada ferisha dan sahabat yang lain. Apakah yang akan terjadi pada mahligai yang bakal dibina dan apa akan terjadi pada hubungan persahabatan mereka? Apa pilihan yang ferisha akan capai?