Zarra. Nampak saja suka ketawa, gila-gila. Hatinya? Menangis dan menderita. Sepuluh tahun lalu, Zarra lalui satu kepedihan hidup dek kerana lelaki yang bernama Hisham. Dia benci Hisham. Benci sebenci-bencinya! Dewasa, dia mengerti bagaimana mahu melindungi diri dari kecewa. Mahu saja lompat binta, mengenal dunia kerja, Hisham kembali, bekerja di bawah satu bumbung. hati yang dulu benci, perlahan bertukar jadi rindu. Dah pulakkk... Hisham tekad mahu jadikan Zarra suri. Walaupun dia sudah ada Kartini, dia mahu tebus kembali segala kesilapan. Tiba-tiba datang dia. Zachary. Misterius, menyenangkan. Dengan Zarra dia bebas mahu menjadi diri sendiri. Dia mahukan Zarra, untuk dirinya sendiri. Gila! Tekad siapa yang akan menyambut rindu Zarra? Terbitan: Penerbitan Lovenovel Harga : RM29.00