12 parts Ongoing Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.
"... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way." - ALFAN
"... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!" - DYLA
Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan... melamarnya di hadapan orang ramai!
"Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak."
"Kita bincang lagi sekali, okey?"
Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut 'okey...' Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.
ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.
Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.
"Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?"
"Cinta..."
"Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa."
Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta?