Kawai (nama perempuan tu) terpengsan di sebuah bus stop dan Armin (nama lelaki tu) pun terjumpa, berniat mahu menolong. ++++Sedikit sedutan++++ "Gilanya orang tu baring kat situ. Tak takut kena culik ke? kena curik ke? kena sepak ke? Eiii.. tapi, orang tu pakai baju hospital ke?" Armin menghentikan keretanya ditempat bus stop tersebut. Dia bergegas keluar dari keretanya untuk melihat adakah orang tersebut memakai baju hospital. Dia terkejut. "Dia pakai baju hospitallah!!" Katanya teruja. "Kenapalah dia baring bawah ni. Ada kerusi tak nak guna. Apa guna kerusi ni orang bina kalau tak untuk duduk mahupun baring ataupun letak beg, makanan, air. Hei orang-orang zaman sekarang ni. Pelik." Armin menongkat dagunya. "Dia pakai baju hospital, jadi dia adalah pesakit. Kenapa dia pakai baju hospital di luar hospital? Hanya ada 3 kemungkinan. Satu, dia beli baju ni untuk fesyen. Dua, dia mungkin tengah bersiar-siar tapi dia sesat. Tiga, dia lari dari hospital. Antara ketiga-tiga jawapan yang aku cakap tadi, jawapan yang paling logik adalah...yang pertama. Ye, orang sekarang ni pelik-pelik dengan fesyen dieorang, jadi tidak anehlah kan. Wahh, pandainya aku." Armin berkata panjang sambil kagum dengan dirinya yang disangka pandai. Armin melihat orang yang memakai baju hospital itu. +++++Sedutan habis+++++ *kenapa aku rasa 'sedutan' tu macam tak betul?* Armin ni tak adalah jahat. Dia ni baik, comel, gedik sikit, manly gak, otak merepek. Kerja dia? Dia ni typical CEO syarikat ayah dia. Kiranya dia ni orang kaya ah. Rupa paras dia? Hmmmm... hensem jugak. Rambut dia hitam coklat-coklat sikit tapi mata dia biru terang sebab ikut ayah dia. Ayah dia bermata biru. Badan dia? Uuuu itu tak yah cakaplah. Tegap! Ada six pack? Hmmm adalah kot. Aku tak pernah tengok dia tak berbaju. Hihihi. *Kenapa nama mereka pelik? Sebab.. nama tu dah melekat dengan mereka sejak aku cipta mereka.. Biasa-biasakan lah diri yeee.*