Dayana dan Farah sememangnya kawan yang sangat rapat. Mereka adalah anak yang dikutip dari rumah anak yatim piatu oleh Datin Faridah dan Datuk Rozlan. Sebenarnya Dayana dan Farah asal dari keluarga lain-lain tetapi sangat rapat sejak hari pertama berkenalan di rumah yatim piatu sehingga ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka mengambil course yang sama dan selalu bersaing antara satu sama lain.