404: Cinta Tak Jumpa [COMPLETED]
26 parts Complete Harith Haykel - seorang pelajar universiti yang pendiam, introvert, dan hampir tidak dikenali sesiapa. Tapi di sebalik wajah polos dan sikap menyendiri, dia ialah seorang 'ghost in the system' - penggodam licik yang menjual data sulit universiti dan agensi kerajaan kepada pihak luar. Duit mudah. Risiko tinggi.
Ainaa - rakan sekelas Harith yang periang, rajin, dan penuh rasa ingin tahu. Dia satu-satunya yang pernah berani menegur Harith lebih dari sekadar "hai". Tanpa dia sedar, hatinya mula tertarik pada sisi misteri lelaki itu.
Segalanya berubah apabila satu kebocoran data besar menggemparkan negara. Polis mula menyiasat, dan Harith kini buruan - bukan sahaja oleh pihak berkuasa, tapi juga klien-klien lamanya yang mula rasa terancam.
Dalam dunia penuh tipu daya dan konspirasi digital, Ainaa terjebak dalam permainan Harith. Di antara kepercayaan dan pengkhianatan, adakah cinta mampu ditemui, atau semuanya akan hilang seperti fail yang tak dijumpai?