LLPub_Official
"On no soul, do we place a burden greater than it can bear." [23:62]
Pertemuan kedua yang tidak dijangka membuka peluang bagi Adzi dan Almiy untuk kembali menjernihkan keadaan yang pernah keruh.
"Jom kita kahwin?"
Lamaran secara tiba-tiba itu telah membuka satu teater kehidupan mereka bersama. Sungguh, nikmat dalam hidup berpasangan itu tidak terungkap dengan kata-kata. Akan tetapi, apabila jiwa dan diri mula mengenal erti bahagia, satu per satu dugaan datang menghampiri.
Terima kasih kerana berani melamar. Terima kasih untuk cuba mencari saya.
Satu pesanan ringkas yang tiba-tiba diterima lebih mengikat takdir mereka bersama. Walau perlu terbang ke negara orang demi suatu tanggungjawab, Adzi dan Almiy tetap teguh bersama kerana mereka adalah pasangan takdir.
"You will forever be my sugar."