cikvelvet0
Malam itu cuma sepatutnya malam biasa di asrama. Tapi selepas loceng terakhir berbunyi, tujuh pelajar yang ditempatkan di blok lama mula merasakan sesuatu yang ganjil.
Lampu berkelip, bunyi langkah tanpa bayang, dan satu selipar merah basah yang tiba-tiba muncul di depan pintu.
Mereka bukan pelajar biasa - setiap seorang menyimpan deria luar biasa yang terselindung di sebalik perangai masing-masing.
Adel dengan nalurinya, Maya yang mampu rasa aura, Hana yang kadang terlihat masa depan, Raisha si penakut yang tak sedar nyanyiannya boleh "memanggil sesuatu", Aidil si penakut berani, Hanif sang pelindung, dan Amir si pengusik yang tak pernah serius.
Dalam satu malam yang penuh rahsia, mereka belajar apa erti percaya, berani, dan setia - bukan saja terhadap kawan, tapi terhadap diri sendiri.
š Tujuh Jiwa, Satu Malam
āļø Ditulis oleh Cik Velvet
Genre: Misteri, Persahabatan, Drama Asrama
> "Kadang-kadang, malam yang paling menakutkan... ialah malam yang membuat kita kenal siapa diri kita sebenar."