EivelleAlhaim
Dia pewaris empayar mafia paling ditakuti-tapi satu-satunya perkara yang Emma Roswell mahu... adalah hidup yang normal.
Sayangnya, hidup normal bukan pilihan bila darah kau bau peluru dan pengkhianatan. Dikelilingi lima bodyguard tampan yang setia (dan kadang terlalu setia), Emma cuba lari dari dunia gelap itu dengan membuka empayar fesyen sendiri-Shazele Fashion Co.
Tapi bila kematian misteri ibu bapanya mula dikaitkan dengan musuh lama... dan cinta mula bercambah di tempat paling salah...
Emma perlu buat pilihan:
Jadi perempuan biasa. Atau jadi ratu dalam dunia penuh darah.
Dan bila tubuhnya diseru oleh dosa silam, hanya satu soalan kekal:
Siapa yang akan memiliki hatinya? Dan siapa yang akan menghancurkannya?