farhanain
''Papa ,Mira minta maa,sebab Mira papa jadi lumpuh macam ni'.
Bila ras berslah menyelimuti diri,apapun sanggup dilakukan .Akhirnya, hasrat si bapa mahu lihat dia lebih terjaga membuat dia akur.Gelaran isteri kepada Tengku Khairil Lutfhi disandang Amira Qaisara pada usia muda.
Atas alasan tertentu, Amira Qaisara dan Tengku Khairil Lutfhi berjanji untuk belajar mencintai antara satu sama lain .Apabila cinta mulai menggebu,apabila hati sudah ada penghuninya ,terjadi pula peristiwa yang membuatkan Tengku Khairil Lutfhi seperti bertepuk sebelah tangan. Amira Qaisara hilang ingatan.Lantas misi memikat isteri terpaksa dilaksanakan semula. Hari demi hari benci akhirnya bertukar menjadi sayang. Namun perhubungan Amira Qaisara dan Zafran Qashaf yangtidak jelas, salah faham Amira Qaisara tehadap perhubungan Tengku Khairil Lutfhi dan Fasha Rose,membuatkan salah faham demi salah terjadi antara mereka.
'' Suami yang tak cintakan isteri dia,itu yang awak kata suami ?Lagipun masa saya kesana ,saya akan pastikan kita dah tiada apa-apa hubungan''.
Bagi Amira Qaisara ,untuk apa dia menyeksa Tengku Khairil Lutfhi supaya bersamanya sedangkan hati itu milik Fasha Rose. Bagi Tengku Khairil Lutfhi pula,perlarian Amira Qaisara meremukan hatinya apatah lagi perlarianya adalah bersama Zafran Qashaf.Lantas kecurangan isteri didendami.
Bertahun tidak berjumpa,Amira Qaisara sedar cintanya masih untuk Tengku Khairil Lutfhi lalu dia pulang dengan harapan statusnya sebagai isteri masih kekal.Namun masih kekal kah status itu buat Amira Qaisara ? Apakah rasa dendam yang ada dalam diri Tengku Khairil Lutfhi akan membuatkan rasa cinta selama ini hilang mekar bunga nya ?Sejauh manakah kehadiran Zafran Qashaf dan Fasha Rose dalam hidup Amira Qaisara dan Tengku Khairil Lutfhi ?