eyvllavhesa
MAS𝑸UERADE SERIES BOOK II
Imza Khalief ft. Bunga Katryna
[ paparazzi | lady gaga ]
Aku Queen. Ratu tercantik Malaysia yang sudah berjaya merampas semua piala pada setiap tahun. Dan orang macam aku ni, mestilah tak lepas daripada menjadi bahan gosip untuk semua rakyat wanita di luar sana yang kerjanya mendengki sahaja.
Tapi..aku baik sebenarnya. Tali leher longgar aku ikatkan, peluh pada dahi aku lapkan. Orang tengah sunyi? Aku lilitkan tangan aku pada leher mereka.
"Perempuan gedik. Semua jantan kau nak terhegeh-hegeh."
Pada mata orang, aku ibarat batu yang tiada nilai kerana tangan ni gatal nak sentuh lelaki sana sini.
Ah, kisah pula aku. Yang aku tahu mereka tak pernah boleh cakap aku hodoh sebab aku memang cantik. Nama pun Queen. Ahaks. Poor ugly.
"Saya datang nak jemput tunang saya. Sila ketepi cik."
Oh my, kacak gila! Nak jemput siapa? Aku? Eh!
"I bukan tunang you, tapi I Bunga. Bunga yang bakal memekar dalam hati-"
"Bunga apa? Bunga tahi ayam?"
Ja...jahat! Cantik jelita ayu halus mulus macam aku dia cakap tahi ayam? I'm Queen okay! Belum pernah ada yang berani kutuk aku. Depan-depan pula tu.
This is totally a crime!
Sangkanya hanya sekali itu sahaja aku dicemuh, tup tup ini dah kali ke-21 aku ditolak dan dilayan macam habuk saja. Hei mamat salji merah ni fikir dia siapa?
Ya salji merah! Salji kerana perangai bekunya dan darah kerana dia dah menoreh hati Queen berkali-kali. Berbekalkan akal panjang, jangan harap aku akan berdiam diri. Siap kau salji! Kalau aku tak boleh dapat dia, aku akan pastikan tak ada perempuan dapat dekat dengan dia.
Sehingga pada satu hari dia datang pada aku dengan selambanya. Memang aku bersedia hebat lah kalau dia nak maki aku lagi.
"Marry me."
[PICK ME GIRL, LIGHT ROMANCE]
⚠️ no plagiarism
⚠️ grammar errors, typos
⚠️ pick me area