mum_linz
Selepas lapan tahun perkahwinan tanpa zuriat, Nur Azila dikhianati apabila suaminya, Naim memilih untuk berkahwin lain demi seorang anak. Ketika Zila akhirnya disahkan mengandung, dia tidak memilih untuk bertahan tetapi berundur, demi maruah dirinya yang terlalu lama dipijak.
"Saya tak pergi sebab saya benci abang. Tapi saya pergi sebab saya dah terlalu lama bertahan."
Meninggalkan masa silam, Zila membina hidup baharu di tempat asing. Takdir mempertemukannya dengan Dato' Amir Firdaus, seorang lelaki berpangkat yang percaya pada disiplin, batas dan kerja.
"Apa yang berlaku antara kita hanya urusan kerja." Dato' Amir.
Namun hatinya tidak sekuat prinsip yang dipegang.
Ketika Zila hampir menemukan ketenangan, Naim muncul kembali, menuntut hak sebagai ayah dan mengungkit luka lama yang belum sembuh.
"Abang silap, sayang. Sayang tak boleh nafikan, anak itu tetap darah daging abang."
"Abang dah terlambat memilih."
Dalam persimpangan antara masa silam dan masa depan, Zila harus membuat pilihan paling sukar. Iaitu kembali kepada lelaki yang pernah melukainya,
atau melangkah ke hadapan bersama lelaki yang hadir tanpa janji, tetapi penuh prihatin dan masih sayang