aRviell
SINOPSIS
Dylan Enzo Rodriguez - seorang lelaki berdarah Sepanyol yang terkenal dengan wajah dingin dan sifatnya yang sukar didekati. Dia tenang, matang dan sentiasa kelihatan tidak peduli terhadap sesiapa. Disebabkan rupa paras dan auranya yang memikat, ramai gadis mengimpikan dirinya.
Daniela Raquel Santiàgo pula berbeza sepenuhnya. Gadis berdarah Sepanyol itu terkenal dengan sikap panas baran, keras kepala dan mulutnya yang tajam. Siapa sahaja yang berani mencari masalah dengannya pasti akan menerima padah. Walaupun begitu, ramai lelaki masih tergila-gilakan dirinya.
Hidup mereka berubah sepenuhnya apabila mereka dipaksa berkahwin atas sebab tertentu.
"Kau memang tak boleh kawal panas baran kau tu?" - Dylan Enzo Rodriguez
"Ya, memang tak boleh. Lagi-lagi bila tengok muka kau. Terus naik angin." - Daniela Raquel Santiàgo
Perkahwinan tanpa cinta itu dipenuhi pergaduhan, sindiran dan ego yang tidak pernah mahu mengalah. Namun, di sebalik setiap pertengkaran, perlahan-lahan hati Daniela mula berubah. Sedikit demi sedikit, Dylan berjaya mencairkan hati keras gadis itu tanpa dia sedar.
Tetapi saat mereka mula belajar untuk mencintai satu sama lain, badai besar hadir menghancurkan segalanya.
"Please... don't leave me..."
"I'm sorry..."
Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sememangnya tidak pernah memihak kepada mereka?