ijiiituan
Denis, lelaki kacukan Jerman dan Melayu yang suka makan belacan dan budu sering tak dianggap orang di sekitarnya. Dia pandai berbahasa Melayu. Dia bangga dengan darah Melayu yang mengalir dalam tubuhnya.
Namun, sayang apabila orang di sekeliling suka speaking apabila ingin berkomunikasi dengan dirinya.
"Ich liebe dich, kan?"
"Oh BMW!"
Itu salah satu daripada steorotype yang dimiliki kebanyakan orang yang mula tahu bahawa dia berdarah kacukan German.
Tapi, entah bagaimana, seolah terasa doanya dimakbul Tuhan, ada satu gadis yang kelihatan biasa tapi apabila dikenal lebih lama, ah comel juga bagi Denis.
"Bintang, saya panggil awak Bintang, boleh?" Selamba gadis itu menyoal dengan senyuman naifnya.
"Bintang?" Lelaki berkulit pucat itu sudah berkerut dahi kehairanan.
"Yup. Ein Stern!"
Tanpa Denis mengetahui, gadis itu sebenarnya sedang menuntut dalam bidang bahasa Jerman sebagai major dan dia agak terpegun dengan hal tersebut. Bukan sahaja dari segi usahanya dalam bertahan dengan major itu, tetapi juga kesungguhan gadis itu ingin mempelajari adat dan budaya Jerman.
"Hm, ada sesetengah benda yang saya suka tentang Jerman! Tapi, saya lagi suka adat Melayu, hihi."
"Salah satunya?"
"Jerman suka menepati masa! Macam dalam surah Al-'Asr."
Dan siapa sangka perkenalan yang terasa begitu menyenangkan itu akan diduga dengan keterpaksaan Denis pulang ke Jerman, mengikuti ahli keluarga.
"Nanti, kalau saya dah balik Jerman, awak akan cari lelaki Melayu tulen ke?"
"Kalau awak tunggu saya, boleh? Saya bawa awak pergi Jerman. Awak boleh belajar depan mata kali ni."
"Ich bin dein Stern, Izni."
"Immer."
-A short story ɞ