AmirulAshraff96
9 daripada 21 pelajar kelas A1 mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan sekolah mereka iaitu Block Berry Academy (BBA) selama dua hari satu malam. Memandangkan kesembilan-sembilan mereka tidak pernah menetap di asrama BBA, mereka mahu merasai nikmat 'tinggal' di sekolah. Aktiviti perkhemahan itu diketuai oleh Woojin dan dibantu oleh Sooyoung. Pasangan kekasih Minho dan Jiwoo pula ditugaskan untuk menjaga 5 lagi rakan mereka iaitu Haseul, Vivi, Hyejoo, Yeojin, dan Jeongin. Haseul dan Vivi merupakan dua sahabat yang sedikit pemalu tetapi mereka tetap mahu menyertai aktiviti perkhemahan itu. Jeongin pula yang selama ini hanya rapat dengan Hyejoo dan Yeojin cuba untuk bergaul dengan rakan-rakan lelaki yang ada iaitu Woojin dan Minho. Pada awalnya semuanya berada dalam keadaan baik. Namun, beberapa jam kemudian, lokasi perkhemahan terpaksa ditukar kerana hujan lebat.