Dilay_cyra
❝Asha... tolong suka dekat aku, please... Aku penat tunggu kau.❞
Dasar mamat gila.
Perkataan paling sesuai untuk gambarkan kelakuan lelaki yang sedang mengalami fasa cinta bertepuk sebelah tangan. Setiap hari, ada aje idea genius dia untuk menawan hati gadis itu yang lebih mementingkan mengejar cita-cita sejak kecil daripada mengejar cinta manusia yang tidak pasti.
Memang kaum hawa lain yang ada dalam dunia ini sudah pupus eh? sampai sanggup pilih gadis suka cakap lepas dan selalu bersikap kasar kepada dia. Walaupun sudah ditolak berkali-kali?
Sayangnya, Shasha tidak begitu percaya kepada lelaki yang mengaku menyukainya. Takut hatinya dimainkan... lagi sekali.
❝Dah tahu penat, kenapa masih kejar-kejarkan orang yang tak akan suka kau balik? Tak reti nak cari orang lain eh? Suka seksa hati sendiri?❞
Setia? Jujur? Tulus? Mampukah lelaki itu buktikan kepada dirinya bahawa perasaan tersebut betul-betul serius?
❝Kau memang nak tunggu dunia ni dilanda zombie, baru kau nak jujur ke apa?❞
Selain takut kena marah dengan pengetua tingkatan 6 kerana selalu timbulkan masalah dalam disiplin, Tarif Daniyal takut lagi menyatakan perasaan sebenarnya. Malah, dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu takut untuk berterus terang kepada gadis yang sudah lama bertakhta dihatinya.
Mungkin... muka dia garang sangat kut.
Bagi Shasha Nuwaira, Daniyal dilabel sebagai lelaki paling poyo dalam kolej form 6. Kau bayangkanlah, kalau boleh setiap kali lalu depan, rambut hadapan dia wajib diselak ke belakang. Ada kutu rambut ke apa?
Apa? Ingat dia kacak dan pandai buat semua kawan-kawan tertawa lepas . Shasha akan terpikat kepada dia? Not shot!
Dalam dilema keraguan Daniyal dari mengungkapkan kata cintanya. Masalah kedua pula timbul. Bukan adanya orang ketiga yang akan menentukan kisah pengakhiran mereka tetapi...
Sebuah malapetaka. Adakah Tarif Daniyal sempat mengungkap kata cintanya sebelum... semuanya terlambat?
[Novella January 2027]