luriahk_b
Kisah Sang Nara Aduka, laksamana gagah zaman lampau yang hilang entah ke mana.
Dan... Puspita Dewi, tengku permaisuri jelita dibawa lari sang garuda entah di langit mana.
Kedua-duanya bertemu pada zaman Gen-Z. Sang Nara, muncul sebagai pelajar nerd tetapi hebat dalam seni mempertahankan diri dan tengku permaisuri bukan lagi keturunan bangsawan tetapi baginda ialah Puspita Adeline yang angkuh tetapi penakut.
Bagaimana mereka boleh berada di zaman kini? Apakah mereka sedar yang mereka datang dari dunia lama dan bertemu pada masa yang bukan sepatutnya. Apakah ada peluang untuk kembali ke zaman lalu atau mereka akan mati kerana mendahului masa?
- Kadang yang menjatuhkan kita itu bukan orang lain, tetapi diri kita sendiri- Sang Nara Aduka.