Fidoot
Shouka Hotaru, seorang puteri yang lahir dengan roh purba tersegel dalam dirinya, hidup dalam ketakutan dan kesunyian. Setiap bulan penuh, roh jahat dalam dirinya menjadi lebih aktif, mengancam bukan sahaja dirinya, tetapi seluruh dunia.
Abangnya, Kenshi Hotaru, yang mewarisi takhta selepas kematian tragik ibu bapa mereka dalam peperangan melawan roh jahat, berusaha melindungi adiknya dan rakyat mereka. Dalam usaha menstabilkan keamanan antara kerajaan, Shouka diaturkan untuk berkahwin dengan Suuya Shiranui, pewaris kerajaan lain yang juga membawa kuasa roh untuk menentang ancaman yang sama.
Di tengah-tengah perkahwinan yang dingin dan hubungan 'love-hate' antara dua pewaris, mereka terpaksa bekerjasama untuk menghadapi roh jahat yang bebas melalui gerbang purba. Namun, rahsia, kuasa, dan perasaan yang terpendam menjadikan perjuangan mereka bukan sekadar perang antara manusia dan roh, tetapi juga peperangan hati dan jiwa.
"The Full Moon Curse" - bila bulan penuh muncul, tiada siapa yang benar-benar selamat. 🌕