Konflikcinta Stories

Refine by tag:
konflikcinta
konflikcinta

4 Stories

  • Bila Kekasih Merajuk by ambopadusi
    ambopadusi
    • WpView
      Reads 355
    • WpPart
      Parts 35
    Bagi Luqman, setiap kilometer yang ditempuh di atas motosikalnya sebagai rider adalah demi sebuah masa depan bersama Qistina. Biarlah tubuhnya lencun dihujani air mata langit atau terbakar terik matahari, asalkan impian untuk menghalalkan gadis pujaan hatinya tercapai. Namun bagi Qistina, status Luqman sebagai penghantar makanan tidak pernah cukup untuk menjamin hari esok. ​Satu pesanan ringkas yang salah difahami menjadi titik mula badai. Qistina memilih untuk mengikut amarah dan melayan ego. Baginya, rajuk itu satu ujian cinta. Dia sengaja "jual mahal" dan menolak setiap pujukan Luqman yang datang bersama tubuh yang sarat kelelahan. ​ "Kau ingat mudah sangat nak pujuk aku?" ​ Kata-kata itu dilemparkan tanpa sedar bahawa kesabaran seorang lelaki yang paling setia juga mempunyai sempadannya. Apabila sekeping kertas membongkar segala rahsia dan pengorbanan Luqman yang tersembunyi, Qistina tersedar daripada silapnya. Namun, apabila dia berlari untuk berpaut semula pada dahan cinta mereka, yang tinggal hanyalah sebuah pintu rumah yang berkunci rapat. ​ Luqman sudah pergi membawa hatinya yang hancur. Dan Qistina tertinggal bersama beg roti dan penyesalan yang tidak berhujung.
  • DISEBALIK NAMA BINTANG by SyazaShahira96
    SyazaShahira96
    • WpView
      Reads 72
    • WpPart
      Parts 46
    Semua orang mengenali Damia, seorang bintang yang sentiasa menjadi perhatian. Tetapi tiada siapa yang benar-benar mengenali gadis yang setia berdiri di belakangnya. Bagi Aira, hidupnya tidak pernah menjadi tentang dirinya sendiri. Sebagai sahabat baik merangkap pembantu peribadi Damia, dia menguruskan segala-galanya-jadual, perjalanan, masalah, malah menjadi tempat Damia bergantung setiap kali dunia selebriti terasa terlalu berat. Tanpa mengeluh, tanpa mengharapkan penghargaan. Segalanya berubah apabila sebuah penggambaran antarabangsa menemukan mereka dengan Ace Lim, pelakon terkenal dari Filipina yang menjadi kegilaan ramai. Pada mulanya, Aira menyangka lelaki itu hanya bersikap baik kerana menghormati Damia sebagai selebriti. Namun sedikit demi sedikit, dia mula sedar setiap senyuman, setiap pesanan dan setiap perhatian Ace sebenarnya ditujukan kepadanya. Di sebalik kemasyhuran Ace, tersembunyi seorang lelaki yang hanya mahukan seseorang yang melihat dirinya sebagai manusia biasa. Dan tanpa disedari, Aira menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia berasa tenang. Namun, apabila hubungan mereka semakin rapat, perhatian Ace terhadap Aira mula mencetuskan rasa cemburu, salah faham dan retakan dalam persahabatan yang telah dibina bertahun-tahun. Dalam dunia hiburan yang dipenuhi kamera, gosip dan pengkhianatan, Aira terpaksa memilih antara mempertahankan persahabatan yang paling berharga atau menerima cinta yang tidak pernah dia sangka akan menjadi miliknya. Kerana kadangkala, orang yang paling bersinar bukanlah mereka yang berada di atas pentas... tetapi mereka yang selama ini setia berdiri di belakang tabir. "Aku tak pernah datang untuk mencari seorang bintang. Aku datang... dan tanpa sedar, aku jatuh cinta pada gadis yang sentiasa menyinari orang lain."
  • the stars by user08283602
    user08283602
    • WpView
      Reads 8
    • WpPart
      Parts 1
    cerita bertabur bintang kisah cinta para star dunia yang sangat menyetuh hati kisah cinta yang akan membolak balikkan hati kalian, see baca terus kelanjutan kisahnya :*
  • Dear Heart(On Going) by dilanuraeka
    dilanuraeka
    • WpView
      Reads 230
    • WpPart
      Parts 8
    ketika cinta menyapa? Mengatur seluruh kuasa hati Menghadirkan semua rasa yang tak bisa terbaca Membutakan mata dengan ilusi keindahnya Menulikan telinga akan tuturan orang lain atas perbuatan cinta Cinta... Satu rasa membuat beribu perubahan Dear heart Sungguh engkau adalah hakim untuk diri ini Pemutus segala keputusan dari hati Indera perasa yang sangat sensitif Mampu merasakan beribu rasa Dear heart Kau yang merasakan dan memutuskan apa yang harus diri ini lakukan Maka tolong yakinkanlah, mantapkan, dan kuatlah diri ini untuk menerima kehakimanmu Jika dia datang hanya untuk menjatuhkan diri ini maka bimbinglah diri ini untuk terus kokoh #First Story ❌Typo bertebaran 🚫Hiatus