izzroses_
Dia sudah kehilangan segalanya. Cinta, jiwa dan raganya sudah dibawa pergi oleh sang isteri yang hilang tanpa khabar berita.
7 tahun sudah berlalu. Di saat semua hampir lupa tentang kes yang menimpa seorang wanita bernama Marea Leanna, masih ada seorang insan yang masih teguh mencari keberadaannya walaupun itu agak mustahil.
Dia, Firhan Zabbar, sang suami yang masih ada kepercayaan isterinya masih hidup dan setia menunggu kepulangan si isteri. Walau ramai yang menafikan, namun Firhan tetap dengan pendiriannya.
Ditambah pula dengan kehadiran seorang insan yang ingin membantunya dalam pencarian si isteri, Firhan berasa lega kerana ada yang mengetahui tentang keadaan isterinya. Walaupun hanya sebuah mimpi, bagi Firhan, itu adalah satu-satunya cara untuk dia mengetahui kebenaran yang sebenar.
Ya, hanya satu cara saja dan cara itu adalah menjaga seorang gelandangan yang dianggap gila kerana tingkah lakunya. Lagi bertambah terkejut adalah kerana rupa si gelandangan itu menyerupai isterinya.
"Tak..tak mungkin!"
"Kau..Siapa kau sebenarnya?!"
Adakah Firhan dapat temui kebenaran yang dia cari?