Lovenovel Stories

Refine by tag:
lovenovel
WpAddcinta
WpAddromance
WpAddlove
WpAddnovel
WpAddnovelmania
WpAddlovestory
WpAddromantik
WpAddromancestories
WpAddnovelfiksyen
WpAddfiction
WpAddnovelcinta
WpAddnovelmelayu
WpAddlovelife
WpAddyoungadult
WpAddromantic
WpAddfunny
WpAddlife
WpAddhighschool
WpAddfamily
lovenovel
WpAddcinta
WpAddromance
WpAddlove
WpAddnovel
WpAddnovelmania
WpAddlovestory
WpAddromantik
WpAddromancestories
WpAddnovelfiksyen
WpAddfiction
WpAddnovelcinta
WpAddnovelmelayu
WpAddlovelife
WpAddyoungadult
WpAddromantic
WpAddfunny
WpAddlife
WpAddhighschool
WpAddfamily

183 Stories

  • Dear Husband-To-Be - Lynn Safiya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 1,555
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: DEAR HUSBAND-TO-BE PENULIS: LYNN SAFIYA ISBN NO: 978-967-2185-09-3 HARGA: RM 27.00(SM), RM30.00(SS) Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya. Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan? Kahwin dengan Aidan? Memang taklah! Aidan itu abangnya. Takkan bisa dia melihat Aidan daripada kaca mata selain seorang adik. Dia geli, dia jijik mahu menganggap Aidan sebagai suaminya. Namun, janji tetap janji. Deja tidak sanggup menghampakan harapan papa yang telah banyak berbudi kepada dirinya. Atas sebab cemburu, ada yang dengki pada tuah Deja, terutamanya hubungan rapatnya dengan abang-abang angkatnya sendiri. Yang rapat mahu dijauhkan, dan yang mesra mahu direnggangkan. Rina takkan senang selagi hubungan Deja dengan Irfan tidak dipecahbelahkan. Sikap Deja yang terlalu berdendam pada keluarga sedarah sendiri juga, akhirnya membuat Aidan lelah. Hubungan mereka sekeluarga yang dulunya amat rapat, kini berantakan. Satu demi satu, Deja ditimpa ujian yang maha hebat. Mampukah Deja bahagia bersuamikan Aidan, abang angkatnya sendiri? Bisakah hubungan yang sudah punah disatukan kembali? Mengapa Rina terlalu cemburu akan Deja? Apa motifnya mahu merampas kebahagiaan Deja?
  • Kau Princess Aku Okey! - Imani Hatta by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 696
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: KAU PRINCESS AKU OKAY ! PENULIS: IMANI HATTA ISBN N0: 978-967-0907-30-7 BLURB: "Aku tak percaya pada cinta." - Hakimy "Me too..." -Raysha Cinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan? Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai. "Esha Ebrahim?" - Puan Sri Tengku Zanariah "Are you really our Jihan?" - Najmy "Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? - Hakimy Mereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu "Mulai hari ini saya akan belajar mencintai dan menyayangi Raysha. I'm serious about this. From now onwards, I'm going to take care of her." - Iqram Tetapi ada kenangan walaupun sepahit mana, harus perlahan-lahan dilupakan. Ada yang harus dilepaskan. Ibarat daun yang jatuh ditiup angin, tidak pernah membenci angin, untuk siapa harus dipersalahkan? Hidup ini satu ujian dan reda dengan apa yang berlaku. Adakah merahsiakan itu mampu melindungi? Adakah melindungi, dapat melindungi? Kerana cinta, manusia buta...
  • Polaroid - Jen NJ by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 373
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: POLAROID PENULIS: JEN NJ ISBN NO: 978-967-0907-78-9 HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS) BLURB: Tiara gadis yang agresif tentang apa yang dia tidak suka dan selalu melakukan apa saja mengikut kehendak hati sendiri. Kehadiran Tania menggugatnya. Gadis itu mempunyai raut wajah yang seiras dengannya. Kecemerlangan Tiara dalam pelajaran juga dirampas oleh Tania. Sejak itu, dia sangat membenci Tania dan suka menyakitkan hati gadis itu. Lelaki yang bernama Zafril yang merupakan pensyarah mereka juga turut terpalit sama dengan perasaan benci Tiara. Hanya satu sebab; Zafril merupakan abang Tania. Zafril mengenali Tiara sebagai seorang perempuan yang sosial. Dia tidak pernah kisah akan kehadiran gadis itu. Sehinggalah, dia betul-betul berhadapan dengan Tiara untuk menyampaikan amanah Tania. Tanpa Zafril sedar, itu adalah pertemuan terakhir mereka sehinggalah Tiara muncul di depannya dengan sesuatu yang tidak diduga. Sejak itu, semuanya menjadi lain. "Ara... manusia memang boleh berubah. Tapi jangan berubah kerana saya dan Nia. Kami bukan sesiapa pun pada awak. Kenangan yang saya ada dengan arwah Nia, takkan pernah sama dengan apa yang pernah ada dalam kisah kita untuk dijadikan kenangan. Awak takkan dapat gantikan tempat dia." - Zafril Kehilangan Tania dan Zafril selepas satu kejadian membuatkan Tiara seperti tidak keruan. Hatinya memberontak dengan perasaan sendiri. Sepayah apa pun dia cuba membuang rasa, perasaan itu terus mengejar. Sehingga dia sendiri tidak sedar bahawa dia mencintai lelaki yang pernah dia benci. Kemunculan seorang wanita yang diperkenalkan sebagai teman wanita Zafril membuatkan hidup Tiara huru-hara. Dia nekad. Apa pun, Zafril perlu menjadi miliknya. Persoalannya, apakah Zafril juga mempunyai rasa yang sama sepertinya? "Kalau abang cakap Ara tak lawa maksudnya abang cakap Nia pun macam tu. Dan abang pun ada iras dengan kita orang juga. Entah-entah Ara yang jadi jodoh abang. Bukan Kak Felly." - Tiara
  • Cinta Adik Manja - Shima Awang by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 1,047
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: CINTA ADIK MANJA PENULIS: SHIMA AWANG HARGA : RM 25.00 (SM), RM 28.00 (SS) BLURB: Benarlah penantian itu satu penyeksaan. Dek memungkiri sebuah janji, Nur menggelar orang yang paling disayanginya manusia munafik! Lelaki itu menghilang tanpa khabar berita bertahun-tahun lamanya. Kebisuan dan kehilangan lelaki itu memberi tamparan hebat buat Nur. Perasaannya buat lelaki itu semakin pudar dan tawar, tetapi dalam masa yang sama dia merindui lelaki yang pernah dianggap lebih sebagai seorang abang. "Abah tipu! Tak mungkin manusia munafik tu bagi cincin dekat abah. Sejak dia pergi, dia mana ingat adik!" - Nur "Marah dan benci. Sikit pun tak nak pandang Syam, mak. Siap cakap tak pernah kenal dengan Syam." - Hisyam Namun penantian berakhir selepas 7 tahun lamanya. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu kembali dan ingin menunaikan janji yang telah diikat sewaktu pujaan hatinya masih mentah lagi. Dahulu, demi menyantuni adab terhadap orang tua, Hisyam terpaksa memungkiri janji terhadap Nur. Restu orang tua amat penting demi masa depan mereka. "Cincin ini tanda abang tak pernah lupakan Nur. Cincin ini tanda abang sentiasa ada dengan Nur biarpun abang jauh beribu batu." - Hisyam "Adik tak nak dengar. Dan adik tak nak kahwin dengan Abang Hisyam. Tolonglah umi, abah. Adik benci dia. Adik tak suka dia!" - Nur Sejak kepulangannya ke tanah air, segalanya tentang Nur berubah. Kini dia mengerti hikmah di sebalik janji yang dimungkirinya dulu. Hisyam sedar dan faham tentang marah, benci dan dendam yang terkumpul dalam diri Nur. Kini menjadi tanggungjawabnya untuk membeli semula sayang dan cinta Nur. Namun, kemunculan orang-orang yang tidak sepatutnya di sekeliling mereka menguji lagi perasaan dan keyakinan Nur terhadap Hisyam. Berjayakah Hisyam menawan semula hati Nur, si adik kesayangannya? Adakah hati Nur yang keras seperti batu itu akan mencair seperti air? Adakah janji yang dimungkiri bisa menjadi pengikat tali perhubungan mereka?
  • Isteri Dalam Sangkar 2 -  Wardina Aisyah by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 13,574
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: ISTERI DALAM SANGKAR 2 PENULIS: WARDINA AISYAH ISBN. : 978-967-0907-20-8 BLURB 'Aku ibarat burung yang terkurung dalam sangkar cintanya.' Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua. "Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang." - Tengku Iskandar Kehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna. "Daripada abang buat Aisyah macam ni, lebih baik abang lepaskan Aisyah. Biarlah Aisyah cari jalan hidup Aisyah sendiri." - Aisyah "Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku sampai bila-bila." - Tengku Iskandar. Egonya melambung tinggi. Biarpun tangannya memeluk Fasha, namun dia tak akan melepaskan Aisyah. Aisyah miliknya. Itu janjinya. Dalam kecewa, Aisyah pasrah. Walau apa sekalipun, dia tetap isteri Tengku Iskandar. Sekejam mana pun perlakuan suaminya, syurganya tetap berada di tapak kaki lelaki itu. Tapi, sampai bila dia harus hidup begini? Terus mengharapkan cinta suami yang kian melupakan dirinya. Aisyah buntu dan keliru. Perlukah dia bangkit menawan semula hati beku Tengku Iskandar? Atau... perlukah dia terus menjadi isteri dalam sangkar suaminya itu?
  • love story of addison and joshua 🍆🍆🐺🐺😥😥🤭🤭🤭🤭 by Ori220
    Ori220
    • WpView
      Reads 21
    • WpPart
      Parts 1
    love story of josh and addison my bestfriends🙏🏼🤷🏻‍♀️🤷🏻‍♀️💕💕🍬🍬😍😍🍬😍🐍❤️❤️❤️❤️❤️❤️😍😍😍🤭🤭🤭🙌🏼🙌🏼🙌🏼 😥😥😥🙏🏼🐺🐺🐺🍆🍆🍆🍆
  • Melankoli Sekeping Hati - Lynn Safiya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 908
    • WpPart
      Parts 11
    BLURB: Adik-adik punya angkara, abang dan kakak masing-masing yang menjadi mangsa... Disebabkan cinta buta adik lelaki Thaqif terhadap adik perempuan Syifa', kedua-dua belah keluarga saling bermusuhan. Pelbagai usaha cuba dilakukan oleh Thaqif untuk memutuskan hubungan antara Tamim dan Suria, namun tiada satu pun yang berhasil. Syifa' dengan adiknya dicemuh, difitnah dan diganggu tanpa henti oleh Thaqif. Dendam lama yang bersarang di jiwa Thaqif membuatkan dirinya tiada langsung simpati di hati. Akibatnya, Thaqif telah bertindak keterlaluan terhadap Syifa' serta Suria dalam merealisasikan misinya. Namun, setiap tindakannya seakan tiada kesan pada dua keping hati yang saling mencintai... dan Tamim tekad membawa Suria lari. Lari dan terus menghilangkan diri. Tinggallah Syifa' bersendirian terpaksa menanggung setiap asakan dan desakan daripada Thaqif. Sehinggakan setiap perlakuan melampau Thaqif telah menjadi dendam dan racun dalam hati Syifa'... dendam yang takkan mampu dilepaskan seumur hidupnya. Tatkala kebenaran terpampang di depan mata, Thaqif terduduk sendiri. Kemaafan daripada Syifa' menjadi suatu obsesi diri. Namun semuanya sudah terlambat. Syifa' semakin membenci dan semakin sukar untuk didekati. "I want to spend the rest of my life making it up to you..." - Thaqif "Saya nak jaga awak, Syifa'. Saya nak jadi pelindung dan pendamping awak." - Thaqif "Saya tak perlukan sesiapa! Encik tak payah nak buat apa-apa! - Syifa' Sukarnya melenturkan hati seorang Syifa', gadis yang telah berkali-kali disakiti. Namun demi suatu kemaafan, Thaqif rela menjadi pengemis. Tika kemaafan berjaya dimiliki dan hati Syifa' mula ditakluki, perbuatan Thaqif pada masa lalu datang menghantui. Syifa' kembali terluka dan tegar menjauhkan diri. "How can I ever expect you to forgive me? When I don't think I can ever forgive myself..." - Thaqif Mampukah Thaqif merawat hati Syifa' yang terluka? Atau apakah kali ini dia tak mampu lagi meraih kemaafan daripada Syifa'?
  • Impian Kasih - Anis Ashikali by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 671
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: IMPIAN KASIH PENULIS: ANIS ASHIKALI ISBN NO: 978-967-0907-70-3 HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS) BLURB: NUR IDDYA MELISSA... Sungai Melaka yang gah menjadi tempat pilihannya untuk membunuh diri. Dia terlalu kecewa dengan cinta. Namun ada yang prihatin akan keselamatannya. UMAR IZDHAM SYAH... Gadis seiras Zooey Deschanel itu menjadikan dia sanggup merentasi gunung bersalji. Sejak pertemuan pertama yang tidak manis itu, tidurnya tak lena, makan tak kenyang dan mandinya juga tak basah. Sikap dingin dan beku Melissa tidak pernah mematahkan semangatnya. "Awak nak apa sebenarnya ni Izdham? Saya rimaslah macam ni." - Melissa "Saya nak awak. Kita kahwin jom?" - Izdham Saat huluran kasih Izdham Syah ingin bertaut, Melissa menepis sehabis usaha, serik maruah dan keluarganya dihina. Berkali-kali Izdham mencuba. Namun tika hatinya yakin cinta gadis itu miliknya, dia diduga. Sangkanya Melisa berpaling pada memori silam. Tapi sebenarnya dia yang tersalah sangka. "Okay, kalau awak tak suruh saya datang... saya baliklah. Jangan lupa, datang majlis saya ya!" Potongan apple caramel membentuk perkataan "Its you, I want!" yang dihiasi dengan bermacam jenis gula, coklat dan kacang di dalam bakul memberi jawapan pada cintanya. Bahagia... namun, ikatan perkahwinan yang dimeterai hampir karam angkara Wan Zamilah. Nyawa isterinya pula menjadi taruhan. Saat dia tersedar daripada kekhilafan, isterinya pula hilang ingatan. Menjadi pesakit Anterograde Amnesia dan Retrograde Amnesia, bukan suatu yang mudah untuk Iddya Melissa mahupun Izdham Syah. Antara realiti dan angan-angan cinta, mampukah mereka bertemu semula di garisan memori demi menggapai bahagia yang hakiki? Rumah tangga yang dibina seindah warna syurga... mampukah dipertahankan sehabis daya, jika jalan cinta mereka penuh onak dan duri?
  • Pages Of A Twisted Love by DeezSwarts
    DeezSwarts
    • WpView
      Reads 130
    • WpPart
      Parts 21
    A love story with many twists, setbacks, heartbreak and drama. A sort of modern take on how relationships/interactions between romantic interests are these days. Adult depicts
  • THE PROPHECY by TheMelinotheque-eng
    TheMelinotheque-eng
    • WpView
      Reads 10
    • WpPart
      Parts 2
    When the King die, Sephiroth inherits a kingdom in full chaos : the people are dying and their lands and riches are constantly coveted. At each Advent, the Priestess comes and announces the phophecy of Akpa. To save her people, Sephiroth must find a women....
    +18 more
  • Benci:Benar-Benar Cinta - Farrah Izzlorna by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 616
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: TAJUK: BENCI:BENAR-BENAR CINTA PENULIS: FARRAH IZZLORNA HARGA : RM 24.00 (SM), RM 27.00 (SS) ISBN NO : 978-967-2185-16-1 BLURB: "Kau ni siapa?'' - Zara "Aku? Insan yang tak bernama.'' - Zairiel Itulah detik di mana segala-galanya berubah dalam hidup Zara. Kehadiran Zairiel, rakan zaman kanak-kanaknya membuatkan lahir bibit-bibit cinta dalam hati Zara. Apatah lagi, Zairiel sering mengungkapkan kata-kata yang menggambarkan lelaki itu turut mempunyai perasaan yang sama dengannya. "Dah lama dia nak balas dendam pada kau. So please, stay away from him." - Taufik Amaran Taufik tidak diendahkan. Zara terus hanyut dalam perasaan cinta yang tak bertepi. Tapi, kepercayaan Zara dikhianati! Bermulalah episod duka baharu dalam hidup Zara. Hari demi hari, kebencian Zara terhadap Zairiel semakin membuak-buak. Dia tidak gentar untuk melawan Zairiel, walaupun pengakhirannya dia yang akan lebih sengsara. Dugaan dalam hidup Zara semakin memburuk apabila Aiman dan Arissa hadir di antara dia dengan Zairiel. Satu demi satu salah faham timbul angkara Zairiel, dan Zara yang menjadi kambing hitamnya. Tapi, setiap perkara buruk yang berlaku membawa seribu satu hikmah buat diri Zara. "Aku takkan jadi batu penghalang antara kau dengan Arissa. Bahkan, bila tiba saatnya nanti kau ceraikan aku untuk bersama dia, aku tetap gembira untuk kau. Aku akan rasa bahagia apabila kau bahagia walaupun kau suami yang tak bertanggungjawab. Cheater, liar, cold-hearted, feelingless. Yet, I still love you, Zairiel Ashraf.'' - Zara Akhirnya, rahsia kenapa Zairiel begitu berdendam dengan Zara terbongkar. Dalam sedih, Zara gembira. Tapi, kebahagiaan itu hanya sementara. Insan bernama Zara diuji lagi. Tragedi itu membuatkan hati Zara beku. Kosong. Kekesalan Zairiel tidak bertepi, tapi segalanya sudah terlambat. Masih adakah ruang kemaafan untuk Zairiel dalam hati Zara?
  • Cinta Asma Dan Ferhad - Shima Awang by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 485
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK : CINTA ASMA DAN FERHAD PENULIS : SHIMA AWANG ISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-53-6 BLURB: Kenal tak sampai beberapa hari, mereka telah bersatu dalam sebuah perkahwinan paksa rela. Baik Asma mahupun Ferhad membahagiakan Nek Som menjadi keutamaan mereka. Walaupun ada keraguan dalam hati, Asma cuba menerima seikhlasnya Ferhad sebagai suami. "Dah termaktub jodoh abang dengan Asma sejak dari alam roh lagi. Jadi siapa abang nak tolak jodoh ini." - Ferhad "Tapi kita tak pernah kenal pun. Tiba-tiba kena kahwin. Tak rasa pelik ke?" - Asma "Asma, orang dulu-dulu kahwin lagi pelik. Macam nenek dengan atuk dulu. Tak pernah tengok muka pun, lepas akad nikah baru tengok dan kenal pasangan. Jadi kes kita ni tak pelik pun, sebab kita dah kenal. Dah jumpa sebelum nikah." - Ferhad Mereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri dalam tempoh yang agak singkat kerana Ferhad perlu kembali ke UK untuk bekerja. Perkahwinan jarak jauh ini menguatkan cinta dalam hati mereka. Namun, perkahwinan mana yang tidak dilanda badai. Tiffany, baginya Ferhad adalah cinta pandang pertamanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan lelaki itu. Tetapi bagi Ferhad, sayangnya tidak lebih daripada seorang kawan baik. 'Aku tidak boleh kehilangannya.' - Tiffany. Selepas kematian Nek Som, Ferhad tiba-tiba hilang. Asma hampir kehilangan semangat untuk hidup. Dia dituduh pembunuh Nek Som. Dia juga dituduh tamakkan harta Nek Som. Apakah sebenarnya yang terjadi? Di manakah Ferhad? "Sekali abang lafazkan akad, abang akan terus memegangnya sehingga hujung nyawa. Abang akan tetap pertahankan ikatan suci kita." - Ferhad "Aku tak sangka kau begitu kejam kak. Tak berperikemanusiaan. Rupanya selama ini orang yang kau kutuk tu Asma." - Fahim
  • Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 9,357
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: TUKANG MASAK CIK MAFIA PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2185-07-9 HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS) BLURB: "Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!" - Orked Adelia Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan. Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu. Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah. "Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami." - Orked Adelia "Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?"- Syed Haidar Rumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya. Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya? "Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia." - Syed Haidar
  • Lakaran Hati - Izma Qahiera by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 274
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: LAKARAN HATI PENULIS: IZMA QAHIERA ISBN NO: 978-967-0907-74-1 HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS) BLURB: "Ada ke tak?" - Izan "Ada apa?" - Dina "Boyfriend. Ada tak?" - Izan "Tak ada. Jangan risau. Kalau ada yang cuba tackle saya, encik orang pertama yang akan saya beritahu." - Dina Izan tak terkesan langsung dengan gurauan itu. Dia bukan nak menggatal. Tapi itu memang soalan wajib untuk setiap pekerja baharu di tempatnya. Semuanya demi kelancaran kerja-kerja yang bakal dibuat nanti. Tapi... "Kau okey tak ni?" - Izan "Temankan saya balik kampung. Boleh tak Abang Izan?" - Dina Dina terpaksa. Namun Izan menganggap itu satu kebetulan yang amat menggembirakan hatinya. Namun ketika ingin meluahkan rasa... "Dina janji ya. Tolong jaga anak-anak akak." - Fida "Kak Fida cakap apa ni?" - Dina "Akak nak pulangkan Abang Nazri pada Dina. Terima kasih sebab bagi akak peluang untuk bersama dengan dia." - Fida Hajat Izan tidak kesampaian. Hasrat murninya hanya mampu disimpan kemas dalam jiwa. Hanya lakaran-lakaran hati yang dia ada untuk mengubat kerinduan yang tidak bertepi. Mungkinkah bahagia yang dia impikan hanya mampu dilakar?
  • Takrut & Stesen Terakhir - Maria Kajiwa by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 327
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: TAKRUT & STESEN TERAKHIR PENULIS: MARIA KAJIWA ISBN NO: 978-967-2185-11-6 HARGA: RM 28.00(SM), RM31.00(SS) Seutas tangkal yang dipanggil Takrut Agung menjadi rebutan dua buah negara. Tangkal yang telah mengubah sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mantera bersama nyawanya sendiri. Masa berlalu, seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang banyak pihak. "Lelaki yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana dia pergi?" - Wafiq "Muka macam ayah? Di mana Wafiq nampak?" - Hamid Apakah kaitan antara Wafiq dan tangkal yang telah berusia ratusan tahun itu? Dapatkah Wafiq memisahkan diri daripada gangguan tersebut? KAPSYEN: Tangkal pemusnah ribuan nyawa TAJUK: STESEN TERAKHIR BLURB: Pada tahun 1942, terdapat sebuah stesen kereta api di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur daripada sejarah dan dimansuhkan daripada peta. Tiga orang anak muda ke kampung itu untuk menjejak stesen kereta api yang terakhir itu, namun secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk kampung juga hilang seorang demi seorang. "Air yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun lalu hal ini tak berlaku." - Pak Ismail. Pak Ismail dan anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen kereta api tersebut? KAPSYEN: Mereka tidak pernah pergi
  • Poisoned Blood by DreamBig_LiveHappy
    DreamBig_LiveHappy
    • WpView
      Reads 18
    • WpPart
      Parts 1
    "Ellie! Come look at this!" My mom said frantically. I grabbed my toast from the plate and walked into the kitchen. "Reporters seem to explain strange people randomly attacking people in the night when a female reporter was attacked by a pale man with... and I quote 'Glistening fangs and pale blue eyes.'" the news woman said and showed a video of pale people running around jumping on other people. "Mom, turn it off." I whispered and she shook her head no. "Police have discovered a dead one and threw it into a cell. This morning they found it gone and the bars bent in an oval. I widened my eyes running to the tv shutting it off.
  • Cinta Mamat Sandwich - Arsya Aisya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 832
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: CINTA MAMAT SANDWICH PENULIS: ARSYA AISYA ISBN NO: 978-967-0907-76-5 HARGA: RM 24.00(SM), RM 27.00(SS) BLURB: Adif Arman lelaki yang tidak mempercayai cinta memilih kehidupan yang sederhana. Tiada yang istimewa dalam hidupnya sehinggalah hadir seorang gadis cantik, seksi dan menggoda. Tanpa sebarang isyarat gadis itu mula menghuru-harakan hidupnya. Setiap tingkah Adhia Adamia menyakitkan mata dan hatinya. Tapi lebih menyakitkan apabila melihat si gadis bersama jejaka lain. Kerana berpegang pada kriteria calon pilihan bukanlah si seksi, maka sedayanya dia menolak. Namun kisah mereka seperti magnet. Makin ditolak menjauh, semakin mendekat. Bagai janji sudah terpateri di lohmahfuz, kerana ingin melindungi Adhia, Adif memutuskan untuk menikahi gadis itu. Perhubungan jika dilandaskan ego pasti perjalanannya sukar. Cemburu membelenggu. Kasih yang hadir cuba diketepikan. Hingga akhirnya mereka diuji lagi. Kehadiran Azril membuka lompong pada perhubungan mereka. Menghadirkan rasa curiga dalam hati Adif. Bagi seorang isteri, Adhia tidak mengharapkan kata cinta daripada seorang suami, tapi hanyalah sebuah kepercayaan. Namun mahal harga untuk sebuah kepercayaan itu. Saat kata hinaan dilemparkan, dia mahu teguh di sisi suaminya tapi hatinya bukanlah seteguh gunung Uhud. Walaupun dia mencuba, masih terasa sakit. Akhirnya dia memutuskan untuk mengundur diri. Bagaimanakah akhirnya hubungan mereka? Mampukah Adif membina kepercayaan atas kesetiaan Adhia? Masihkah ego menjadi benteng kasih yang sudah mekar?
  • When You First Called My Name by TitikhsaGoswami
    TitikhsaGoswami
    • WpView
      Reads 43
    • WpPart
      Parts 1
    The story revolves around two childhood friends, Aashvi and Aadi who slowly felt feelings for each other, but destiny made them apart. Aadi decided to meet her again. It was 10 years, how would Aadi confront his fear to lose her and will they meet again? To know, read the story.
  • My Soulmate - Shila Alish by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 490
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK : MY SOULMATE PENULIS : SHILA ALISH NO ISBN : 978-967-0907-16-1 BLURB: Ayuni Zara - Dia terperangkap oleh perasaan mencintai dan dicintai oleh dua orang sahabat. Meletakkan hati dan perasaannya kepada orang yang salah setelah merasakan bosnya itu ialah soulmatenya selepas dua kali diselamatkan daripada kemalangan yang hampir meragut nyawanya, biarpun dia sedar cintanya itu cinta terlarang. Taufik Hidayat - Dia assistant kepada sahabat sendiri, telah jatuh cinta separuh mati kepada Ayuni Zara. Ditentang hebat oleh sahabatnya itu hanya kerana sebab yang tidak boleh diterima. Namun kerana cinta, dia tetap dengan pendiriannya kerana gadis itu telah mengembalikan sinar bahagia dalam hidupnya. Hisyam Datuk Bakri - Dia telah ditunangkan dengan Zetty Nur Sarafina. Seolah-olah menjilat ludah sendiri. Tanpa diduga dia telah jatuh cinta kepada cinta hati sahabatnya hingga dia nekad mengkhianati hati sahabtnya itu dan mengecewakan hati si tunang. Konflik demi konflik berlaku. Baik Ayuni mahupun Hisyam, masing-masing terpaksa berpijak di bumi yang nyata dan terpaksa menerima ketentuan takdir bahawa mereka memang tidak dijodohkan bersama. Masing-masing nekad untuk mengakui bahawa mereka ialah soulmate hanya sekadar dalam hati mereka. Itulah janji mereka tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun kecuali DIA. Ternyata cinta Ayuni dan Hisyam tidak bertitik noktah di situ apabila seorang soulmate tetap akan menjadi soulmate dalam hati pasangannya apabila sekali lagi cinta mereka dipertemukan waaupun ia datang dengan cara cerita yang berbeza. Penuh air mata dugaan dan pengorbanan kerana seorang soulmate bukan sekadar pasangan serasi, yang sehati sejiwa tetapi sebaliknya yang saling melengkapi.
  • Fairy Tales Pak Cik Cinderella by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 487
    • WpPart
      Parts 11
    PAK CIK CINDERELLA - AEIN DHIYAUDDIN Kerana sepasang kasut, mereka ditemukan. Kerana sepasang kasut, hati Juliana tak keruan. Putera kacak mengetuk pintu hatinya yang bakal menjadi milik orang lain. Berhari-hari dia mencari pemilik kasut cantik yang ada dalam simpanannya hingga terlupa seketika akan tunang yang menanti. Namun seperti kisah Cinderella, pertemuan mereka hanya seketika. Juliana harus kembali ke dunia realiti. Raif adalah putera tampan yang hadir untuk menguji kesetiaannya terhadap Anaqie. Adakah bahagia akan mengetuk rumah tangga Juliana dan Anaqie apabila Raif hadir di tengah-tengah mereka? . . MR. AURORA - DHIYANA Dia... Hilarious! Annoying! Dan, dia jugalah 'the sweetest stranger'! Insiden berlanggar dan terpeluk menemukan Aaron Haider dan Dhiya Durrani. Aaron menggunakan alasan itu untuk terus mengganggu Rani. Mulut pedas berapi dan muatan berat, gelaran diberi. Ugutan demi ugutan dan sikap keras kepalanya berjaya menundukkan Rani. Kehadiran yang tanpa disangka membuatkan hati masing-masing terusik. Rani menyedari akan kekurangan diri, langsung tak meletak sebarang harapan. Apabila Aaron meluahkan hasrat hati, Rani teragak-agak. Aaron tetap berkeras, Rani cinta pertama dan dia tak akan mudah mengalah. Akhirnya Rani akur. Usia hubungan yang masih mentah diduga. Rani berkeras menuntut kata putus. Aaron lelah lalu diberikan ruang dan masa tanpa tamat tempoh. Aaron menghilangkan diri tanpa berita, meninggalkan Rani dalam tanda tanya. Saat mereka dipertemukan semula, Aaron berubah perangai. Rani tekad untuk meraih perhatian Aaron semula walaupun terpaksa berendam air mata. Peluang ada di hadapan mata. Harapan masih lagi bersisa. Dan, dia tak akan sia-siakannya. Tetapi, masih bersisa lagikah perasaan sayang itu dalam hati Aaron? Aaron Haider bukanlah sesiapa. Tetapi, Aaron Haider ialah lelaki asing yang berjaya memiliki cinta dan hatinya.