nrlmeanie12
Cinderella . Persepsi ketika pertama kali dengar ? Kasut kaca . Majlis tari menari . Prince Charming .
Pengakhiran ? Happily Ever After . Semua mesti fikir macam tu kan ?
Tetapi ,
tak semua kisah hidup manusia yang menyerupai Cinderella indah-indah belaka . ada cacat celanya , baik buruk bercampur aduk dengan perasaan yang boleh mendera mental , fizikal sendiri .
dan juga , Tetapi . Mereka mempunyai satu persamaan . ketabahan . mereka perlu menjadi tabah demi nak teruskan hidup .
Dan sekarang , di sini -
bermulalah kisah hidup seorang Min Eun-hee yang terpaksa menahan perihnya menjadi orang suruhan oleh keluarga sendiri . Diri sendiri dianayai , tinggal bersama lelaki yang tidak dikenali pabila harga diri terjual tanpa rela .
Lelaki yang dia sendiri tidak tahu latar belakang . lelaki yang tiba-tiba datang kepadanya , kemudian meminta dia untuk menjadi isteri kontrak .
Dia Kim Tae-hyung . pemilik syarikat terkenal di Korea , disegani , dihormati dan semestinya disayangi ramai pabila diri dia lengkap dengan pakej yang membolehkan ramai wanita terpikat .
tapi di sebalik semua itu , dia ada sisi gelapnya sendiri dan dia memerlukan seorang perempuan untuk membantu dia merealisasikan cita-citanya . Dan dia ialah Min Eun-hee .
Adakah di antara mereka akan berputiknya apa itu cinta ? Kasih sayang ? dengan perkenalan yang singkat dan bukannya atas dasar untuk berteman ?
hmm - siapa tahu kan ?