nisaorsa
Hana Irdina, gadis Melayu berjiwa bebas, tak pernah sangka impiannya untuk bekerja di luar negara akan bawa dia ke tengah-tengah Beijing - di sebuah syarikat penerbitan buku elit bernama "HanYu Publisher".
Dengan Mandarin fasih dan semangat tinggi, Hana bersedia hadapi apa saja... kecuali satu perkara... Bos dia, Zhang Yicheng. CEO muda, tampan, terlalu serius dan terlalu susah nak dibaca.
Dia tak senyum.
Dia tak sembang
Tapi... dia dengar. Setiap kali Hana marah dalam Bahasa Melayu.
Tanpa Hana tahu, Zhang Yicheng diam-diam mula belajar bahasa ibundanya, bukan untuk kerja. Tapi untuk faham semua keluhan, tawa, dan isi hati gadis pelik yang berjaya mencuit hatinya setelah sekian lama.
Kerana kadang-kadang, cinta itu bukan bermula dengan "saya suka awak", ia bermula dengan "Ni Hao"
-- (Contains Malay, Chinese Roman and Hanzi languages)
-- (I'm still learning Chinese, and I'm using a translator, I'm really sorry if I mistaken the words or meanings)