rynafiaaa
Nur Erika Serena, anak perempuan bongsu daripada enam adik beradik kepada pasangan berpengaruh , Puan Sri Nur Eryna Sofia dan Tan Sri Syed Hayder Iskandar Zulkarnain , walaupun dibesarkan dalam kemewahan , Erika tetap dididik dengan nilai agama dan maruah , menjadikan gadis lemah lembut serta berperinsip
Namun hidupnya berubah apabila dia yang sudah bertunang dengan Danial Ayden telah diperangkap bersama seorang lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian tangkap basah - satu fitnah terancang oleh pihak berniat jahat. Walaupun tidak bersalah, maruah Erika tercalar dan keluarganya berdepan aib yang besar.
Demi menutup fitnah dan mempertahankan nama baik keluarga, Erika terpaksa berkahwin dengan lelaki Itu bernama Zayn Noah Emir.
Zayn Noah Emir ialah CEO muda yang dingin dan berpengaruh. Di sebalik kejayaannya, dia menyimpan identiti sebenar sebagai ketua mafia berbahaya yang menguasai dunia gelap kota. Perkahwinan itu bukan kerana cinta, tetapi terikat pada satu perjanjian rahsia.
Rumah tangga yang bermula dengan paksaan menemukan Erika dalam dunia yang penuh ketakutan, manakala Zayn pula bergelut dengan masa silam dan musuh yang sentiasa memburu. Namun di sebalik sikap dinginnya, Zayn sebenarnya menjadi pelindung setia Erika , hingga perlahan-lahan hati yang terpaksa disatukan itu mula belajar untuk percaya.
Di tengah fitnah, dendam dan ancaman dunia gelap, Erika dan Zayn harus memilih -
terus terikat pada takdir yang memaksa,
atau memperjuangkan cinta yang lahir daripada luka.