NNNDEE
Bagi Aira Farhana, sebotol concealer dan sapuan bedak adalah perisai yang menyelamatkan hidupnya. Trauma dihina kerana wajah aslinya yang berparut membuatkan dia nekad mencipta semula dirinya sebaik melangkah ke akademi seni. Dalam sekelip mata, dia diangkat menjadi gadis paling jelita di kampus.
Namun di sebalik topeng sempurna itu, Aira menyimpan satu lagi rahsia: buku nota lirik yang hanya berani dibuka apabila dia menanggalkan semua solekannya.
Mikael, komposer muda paling berbakat di fakulti, sudah lama kehilangan rentak muziknya selepas satu tragedi silam. Dia dingin, menjauhkan diri daripada manusia, dan muak dengan kepura-puraan. Tetapi segalanya berubah apabila dia terdengar suara nyanyian seorang gadis berkaca mata tebal di sebuah kedai kaset lama-wajah asli Aira yang langsung tidak dikenali sesiapa.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Rayyan, vokalis indie rock yang juga bekas sahabat baik Mikael, mula menceroboh masuk ke dalam hidup Aira sebagai pelindung setia.
Apabila rahsia wajahnya diancam untuk dibongkar kepada umum, mampukah Aira terus bersembunyi, atau adakah dia sanggup tampil tanpa topeng sebagai muse sebenar di hati sang komposer?